Artis / Selebriti
” Kamu adalah sosok lelaki yang terbaik yang pernah mommy jumpa dalam hidup mommy.. ” – Rita Rudaini
Nukilan Rita Rudaini Buat Anak-Anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna Buat Ramai Tersentuh. Ayat Yang Last Tu Memang Sebak Sangat !!
Bagi yang suka mengikuti perkembagan Rita Rudaini pasti mengetahui yang Rita suka berkongsi perkembangan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Kedua-dua anak Rita kini sedang meniti usia remaja dan menjadi anak yang baik serta bijak.
Seperti yang dikongsikan oleh Rita beberapa hari lalu, anak sulungnya Rayyan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi perkongsian itu, Rita meluahkan rasa syukur atas pencapaian anaknya serta memberitahu Rayyan antara 10 pelajar terbaik dalam tingkatan.
Terbaru, Rita memuatnaik video throwback ketika Rayyan dan Qaqa masih kecil. Rita menitipkan nukilan khas buat anak-anaknya. Tulis Rita, anak-anaknya adalah yang terbaik dalam hidupnya dan Rita memberikan sedikit nasihat buat Rayyan serta Qaqa.

Nukilan Rita itu mendapat perhatian para peminatnya. Ramai yang turut tersentuh membaca nukilan Rita. Mereka juga menyifatkan Rita seorang ibu tunggal yang tabah dalam mengharungi ujian hidup. Rezeki buat Rita juga mempunyai dua anak yang begitu menyayanginya dan membuat yang terbaik buat Rita.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Rita pada kali ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingat lagi bila Rita tuntut nafkah anak, ank skolah private, side 1 lg suruh skolah biasa kalau tak mampu.. N now, Rita da bukti kan semua, seorg ibu tunggal yg kuat.. “
” Cepatnya masa berlalu.. Semoga kalian 3 beranak dibawah lindungan,rahmat dan keredhaan Allah swt selalu.. Amin yra.. “
” Sebaknya tp sy yakin insyallah mami dan anak2 bahagia di dunia dan akhirat kelak, sbb byk yg korg boleh tuntut di sana nt. Jd korg untung dunia dan akhirat insyallah aminn.. “
” Ibu hebat insyallah melahirkan jiwa anak2 yg hebat.. Smga ALLAH selalu memudahkan urusanmu Rita.. Insyaallah.. “
” Alhamdulillah segala rezeki yg diberikan Allah buat rita… Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah… Always support you.. “
” Semuga mommy dan anak2 sentiasa dlm perlindungan dan kasih sayangNya.. Doa semoga Rita Dan anak² nya berjaya dunia Dan akhirat.. “
” Syukur.. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yg baik pd mummy untuk jaga ank2 semua sampai ke besar.. Kasih ibu membawa ke syurga.. “
Tersentuh membaca apa yang ditulis oleh Rita itu. Itu lah harapan seorang ibu untuk anak-anaknya sekiranya sudah sampai waktu dirinya pergi buat selamanya. Apa-apa pun, semoga Rita akan terus hidup bahagia bersama anak-anak selama-lamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ritrud727
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen



