Artis / Selebriti
” Lawanya anak Serina ni, pan asian sangat muka tu.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Perempuan Serina Redzuawan, Isabella Saffiya Curi Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Isabella, Makin Cantik Anak Dara Serina Ni. Ada Iras Diana Daniella !!
Nama anak kepada Chef Wan, Serina bukan lah asing buat peminat seni hiburan tanahair. Serina mempunyai 2 orang cahayamata hasil perkahwinan pertamanya iaitu Tristan dan Isabella Saffiya. Kedua-dua anak Serina ini berwajah kacukan dan memliki rupa paras yang kacak dan cantik.
Meninjau entry terbaru Serina di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video terbaru Isabella. Jika sewaktu kanak-kanak dahulu, Isabella kelihatan comel, kini di fasa remaja, Isabella berubah menjadi seorang yang cantik. Tiada lagi tubuh yang chubby dan pipinya yang tembam.
Menerusi video ini, Isabella membuat sendiri gelang getah yang berwarna warni untuk Serina. Cerita Serina, Isabella memang anak yang pandai mengambil hatinya. Dapat dilihat kesungguhan Isabella ketika menyusun getah-getah itu supaya kemas dan cantik susunannya.
Melihat wajah Isabella sekarang, ramai di kalangan warganet yang memuji kecantikan wajah Isabella. Semakin besar, semakin terserlah wajah mat salehnya itu. Ramai juga yang mengatakan wajah Isabella kelihatan seiras dengan pelakon Diana Daniella.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@serinaredzuawan My Princess Isabella Saffiya ni, pandai.. ambil hati Ibu dia buatkan sendiri gelang colourful rubber ni.. Untuk Serina, TQ Bella..You are the Best! Love u always my daughter😘❤️
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 900 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masya Allah makin cantiknya Isabella.. dah makin besar dia. rasa baru je tengok dia berlari-lari.. Jaga dia baik-baik ye mama Serina.. ”
” Ya Allah dah besar dah dia. Dulu pernah jaga dia kejap masa dia kecik-kecik datang makan kat Hilton KL. Anak Serina dua-dua memang beradab dan bijak.. ”
” Lawanya lahai kamu ni Isabella. Syantik la.. sekelip mata da besar anak sarina ni. Dah jadi anak dara pun, makin cun melecun.. ”
” Besar dah isabella… cantik like mother.. sekali tengok Macam diana daniella.. makin besar makin lawa lah anak dara sorang ni.. lama tak tengok, alih2 yang comel jadi cun melecun kau.. ”
” Dah besar dah dia.. sekejap je rasa.. cantiknyer isabella.. tak puas tengok muka dia, muka pan asian sangat.. memula tengok tadi ingatkan diana daniella, nak sama muka dengan d.. ”
” Lawanya anak Serina ni, pan asian sangat. makin besar makin nampak lawa dia. masa budak aritu comel sangat sangat, sekarang cantik rupawan.. ”
” Eh dah jadi anak dara lah isabella, cepatnya masa berlalu kan. muka bella ada iras pelakon diana daniella. sekarang pun dah nampak cantik, besar skit lagi mesti ramai crush ni.. ”
Isabella bukan lagi Isabella yang dahulu, semakin cantik anak dara Serina ini. Sudah lah cantik, sweet pula dan pandai mengambil hati mama. Semoga Isabella menjadi anak yang solehah, anak yang baik budi pekertinya dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapanya. Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Serina Redzuawan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak payah la korang suruh dia cakap bahasa Melayu. Lain bunyinya nanti.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mula-mula dengar happy berbunga-bunga hati. Hujung-hujung pasal Fatima sedih terus. Kesian Fattah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia punya spontan kalah singer song writer yang tersohor.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak mana yang nak bapaknya sentiasa dikecam, dibuli dan diherdik.. ” – Ahmad Firdaos Raissuddin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mahal video ni, memori yang tak akan berulang lagi. Shuib rindu kan, sengaja buat kami nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cakap dengan dia, Dekta minat dengan dia tau, okey.. ” – Thalita