Artis / Selebriti
” Kami nangis berjemaah Ayden oii. Masih budak tapi setiap air mata Bella dia yang saksikan.. ” – Netizen

Video Bella Astillah Menangis Ketika Menerima Kejutan Ucapan Selamat Hari Ibu Daripada Anak Sulungnya, Ayden Adrean Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sedihnya Ucapan Ayden. Part Ayden Menyanyi Lagu Ibu Tu Sebak Sangat, Mak Bella Pun Menangis Juga !!
Bella Astillah telah pun dijemput ke konti Radio Era FM pagi tadi sebagai tetamu jemputan slot 3 Pagi Era. Bella turut hadir bersama ibunya dan banyak perkongsian yang menarik dikongsikan oleh mereka berdua. Banyak juga kejutan yang disediakan oleh pihak Era untuk Bella dan ibunya.
Terdahulu, ibu Bella dikejutkan dengan ucapan daripada Didi Astillah sehingga membuatkan ibu Bella menangis. Selepas itu, giliran Bella pula mendapat kejutan. Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan video yang memaparkan reaksi Bella ketika mendengar ucapan daripada seseorang.
Rupa-rupanya, anak sulung Bella, Ayden Adrean yang menjadi surprise untuk Bella. Ayden memang pandai berkata-kata dan ucapannya untuk Bella meruntun hati semua yang berada di konti. Bersempena hari ibu, Ayden memberikan ucapan istimewa untuk Bella.
Ayden menyifatkan ibunya adalah ibu terbaik dan berjanji akan menjadi Bella dan adiknya, Ara Adreanna dengan baik. Luluh hati seorang ibu mendengar ucapan ikhlas daripaada seorang anak sekecil seperti Ayden. Ayden juga turut menyanyikan lagu Ibu untuk Bella.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 105 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tissue please.. Happy Mother’s day beautiful Bella Astillah and Mama Bella .. Masha ALLAH… Comel sangat Ayden wish Bella . Semoga ALLAH SWT Senantiasa Merahmatimu bersama anak2 serta ibu ayah, Didi dan adik2mu sekeluarga Bella sayang.. ”
” Ya Allah sebaknya Ya Allah. Moga Allah jaga kalian sebaik-baik jagaan dunia akhirat. Aamiin.. ”
” Bukan Bella je nangis dgn kita2 pun nangis. Sebgai seorg ibu sebak sgt dgr ucapan Ayden. Ayden jaga mummy taw, jgn biarkan org lain ambil lagi senyuman dan buat mummy termenung lagi! Jadi anak yg soleh banggakan mummy.. ”
” Dari raut wajah Bella nampak sgt dia Cuba kuat dgn segalanya.. semoga terus kuat Bella.. sampai sini rasa sedih, anak bijak Ayden.. ”
” Auto aku nangis, scroll nangis dalam tandas. Ucapan Ayden tu dia saksi tengok keperitan yang mommy dia tanggung.. Kami nangis berjemaah Ayden oii.. anak yang baik.. ”
” Sekali dengan aku menangis.. kita dah la hati tisu, lagi-lagi bab anak ni.. Percaya lah bella anak lelaki ni akan lebih memahami dia akan protect you bella apa pun yg terjadi walau pun dia Masih budak tapi setiap air mata ibu dia² yg menyaksikan … stay strong Bella and good boy adyen.. ”
” Aduhhhh.. kita pun ikut menangis . anak anak hati nya suci apa yg dia rasa itu lah dari hati nya yg sebenar.. ”
Ayden memang seorang anak yang sangat memahami hati mommynya ini. Ucapan tu ringkas sahaja tetapi maksudnya sungguh mendalam untuk Bella. Semoga Ayden akan selalu menjadi anak soleh, menjaga mommy dan Ara sebaik-baiknya apabila dewasa nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen