Artis / Selebriti
” Kalau tak bercakap memang tak kenal ni Uyaina,ย suara je sama.. ” – Komen Netizen

Kongsi Video Throwback Ketika Pentas Akhir Pencarian Nona Manis, Penampilan Uyaina Arshad Pada Ketika Itu Raih Perhatian Ramai. Eh Nampak Lain Betul Uyaina Masa Ni. Nasib Baik Suara Masih Sama. Kalau Tidak, Memang Tak Kenal !!
Meninjau ke akaun Instagram Uyaina Arshad, perkongsian sebuah video throwback ketika Uyaina berada di pentas akhir Pencarian Nona Manis telah meraih perhatian ramai. Uyaina memuatnaik kembali video ini bersempena ulangtahun TV3 yang ke 40 tahun dan itu merupakan detik pertama Uyaina terlibat dalam dunia penyiaran.
Menerusi program Pencarian Nona Manis pada tahun 205 ini Uyaina telah dinobatkan sebagai juara. Kemenangan ini menjadikan Uyaina sebagai pengacara Nona selama dua tahun dan seterusnya menjadi pengacara Wanita Hari Ini sejak tahun 2016 sehingga kini.
Di sebalik perkongsian ini, ramai netizen yang terkejut melihat penampilan Uyaina dahulu berbanding sekarang yang cukup berbeza. Uyaina yang dahulu sangat kurus menyebabkan wajahnya sangat berbeza. Penampilannya juga sangat lain dengan sekarang. Jika tidak mendengar pada suaranya, pasti ramai tidak menyangka itu adalah Uyaina.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Uyaina turut berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang kepadanya menimba ilmu penyiaran sehingga kini masih setia di TV3.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajah Uyaina sangat berbeza berbanding sekarang. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sekali tengok mcm eh tak kenal tapi suara sama.. bukan main she rantai bersilang ngn tudung time tu. Lainnya muke…berbeza sungguh.. “
” Cam pada suara baru tau sapa. Terbaik Uyaina penuh semangat tanpa takut2.. lain sangat tapi gaya cara cakap sama.. “
” Nmpk lain sbb kurus sgt time nie tapi tetap cantik till now.. Omgโฆni ke yana dulu?? ย lain betullll ehhโฆkak linda tgk video niโฆtunggu laaa, lepas peserta ni yana kotโฆrupanya itu la yanaaaa .. “
” Kagum tengok sis uyaina masa tu. Juara nona manis TV3, Juara Puteri Muslimah mengatasi peserta Dr seluruh Asia .. Hahahhahhaha kenapa aib pulak . Herlokkk je tgk.. ย “
” Saya suka uyaina dari episode pencarian nona tu lagi.. sebelum sampai final ni. Siap cari kat IG sebab nak follow. Suara tu sedap sangat dengar ย lembut tapi penuh input.. “
” Kalau x bercakap mmg x kenal ni uyaina ย suara je samaโฆ makin hari makin cantik.. Kurus giller smpai xknl aku dibuatnye.. “
” Cantik je . aib knp?ย mesti sb fesyen tudung tu kan? ingt lg very in yeee tudung style kepit tepi gitu. zaman fesyen tudung dlu2 mmg mengundang ketawa klu throwback skrg.. “
Siapa sangka jika dahulunya Uyaina hanyalah gadis biasa dan tidak dikenali ramai, kini Uyaina berjaya sebagai seorang personaliti TV dan juga selebriti serta popular. Semoga Uyaina terus berjaya dalam bidang penyiaran dan juga undustri seni tanah air. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral7 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti2 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen