Artis / Selebriti
” Wow Masing-Masing cover keren sekali ini. My favourite one cover singer.. ” – Ade Govinda

Setelah Lama Menghilang, Ajoi Zainal Muncul Dengan Cover Lagu Asal Ernie Zakri, Masing-Masing Raih Pujian Ramai. Suara Yang Merdu Dan Nyanyian Yang Penuh Penghayatan Sehingga Mengalirkan Air Mata. Komposer Lagu Ni, Ade Govinda Pun Puji Ajoi, Hebat Lah !!
Lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda iaitu Masing-Masing kini menjadi siulan ramai. Single dendangan asal Ernie Zakri ini juga mendapat perhatian ramai selebriti lain untuk membuat cover lagu ini. Selain Cakra Khan, nyanyian oleh Ajoi Zainal juga antara yang meraih pujian ramai.
Untuk rekod, Ajoi merupakan salah seorang peserta Big Stage Musim Keempat. Namun Ajoi tidak berpeluang untuk ke peringkat akhir. Pada ketika itu, Ajoi sudah mengumpulkan ramai peminatnya yang tersendiri kerana kekuatan vokal dan kelunakan suaranya itu. Namun selepas itu, Ajoi menyepi dari dunia seni tanpa sebarang berita.
Meninjau entry terbaru Ajoi di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Ajoi mendendangkan lagu tersebut. Ramai yang gembira kerana dapat mendengar kembali suara Ajoi. Suara Ajoi masih sama seperti dulu, tetap lunak dan merdu.
Jarang dapat melihat penyanyi lelaki menyanyi sehingga menitiskan air mata dan ini lah yang menjadi tarikan pada nyanyian Ajoi kali ini. Lirik lagu sudah sememangnya sedih, ditambahkan lagi dengan ekpresi dan luahan rasa Ajoi itu, boleh mengalir air mata warganet yang menonton.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Wow Masing-Masing cover keren sekali ini. My favourite one cover singer.. ” – Ade Govinda
” Muncul pun balik. penat menunggu suara hang adoi.. Lain muka ajoi,makin hensem.. ajoi is back to cover songs.. ”
” Ajoi is back, virtual hug.. sedap nya suara Ajoi.. padu lahh.. welcome back bro.. touched, go go ajoi.. ”
” Welcome back my bro.. suara still maintain dan lunak. dengar pun dah buat aku nangis sama. comeback is real bro.. miss u so much bro.. ”
” Lama Ajoi menghilang.. sedapnya suara, air mata tu yang mahal. Jangan la cry, dah berjurai-jurai air mata tengok Ajoi.. ”
” Waa… dah lame tak dengar suara ajoi.. jangan menghilang lagi k.. . semoga sukses dunia dan akhirat.. sentiasa dlm lindungan ALLAH S.W.T.. ”
” Ajoi tak pernah mengecewakan.. your voice memang bagus dan merdu. Very beautiful cover Ajoi . Keep going, believe in yourself… talent yang diberi Allah juga tidak salah alamat ok.. ”
Suara Ajoi memang tidak mengecewakan dan ianya menyentuh hati pendengar. Suara yang gemersik dan linangan air mata itu membuatkan alunan suara Ajoi lebih terasa di hati. Semoga Ajoi tidak lagi menghilang dari radar peminat dan terus success dalam dunia nyanyian.
21
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajoi Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin