Artis / Selebriti
” Tak expect Nadeera cover lagu ni. Best betul versi macam india klasik, meremang weh.. ” – Komen Netizen
Video Nadeera Zaini Menyanyi Lagu Yennode Macha Buat Ramai Teruja. Fuh Dah Macam Dalam Filem Tamil Yang Klasik Tu, Gemersik Betul Suara Nadeera. Zubir Khan Pun Puji, Serius Best Sangat !!
Bagi yang mengikuti rancangan realiti Big Stage pastinya mengenali pemilik nama Nadeera Zaini. Juara Big Stage Musim 5 ini memiliki suara yang merdu dan auranya yang tersendiri yang membuatkan ramai terpesona mendengar suaranya. Nadeera juga pernah bergelar juara rancangan Lagu Cinta Kita musim kedua.
Meninjau entry Nadeera di akaun Tiktok miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nadeera membuat cover lagu Yennode Macha. Lagu dendangan asal Zubir Khan ini dibawakan dengan versinya yang tersendiri. Warganet kagum dan teruja mendengar suara Nadeera.
KOmen warganet, lenggok suara Nadeera ini seperti mendengar lagu Tamil versi hitam putih sahaja. Ada juga di kalangan warganet yang meminta supaya Nadeera menyanyi lagu hindi pula selepas ini. Tak puas warganet mendengar suara Nadeera yang merdu itu.

Nadeera sememangnya berbakat besar dan boleh membawakan pelbagai genre lagu. Irama Bollywood juga adalah antara salah satu irama kegemaran Nadeera. Bak komen warganet, lagu tamil dan hindustan memang ‘makanan’ Nadeera dan tak sangka Yennode Macha akan jadi sebegini sedap apabila Nadeera yang menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@officialnadeera Yennode Macha my version 🥰 Maafkan saya kalau sebutan saya kurang tepat ✌🏻❤️ #fyp #fypシ゚viral #cover #yennodemacha #macha
Sehingga kini, perkongsian oleh Nadeera ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantik… suara lagi cantik… sedap yee suara.. classic sangat suara… macam cerita tamil dulu-dulu.. Memang makanan shee lah lagu Tamil & hindi.. ”
” Waw adik sepupu ku nyayi Tamil pulok waw.. sedap pulok dengar.. Bestttttt. Vibes tamil movie yg wanita tgh lari2 bahagia.. ”
” Saya auto nak joget macam lagu bolly chudia hehe. btw suara sis mantap.. Dah macam bunyi tamil klasik.. sedap sungguh.. ”
” Saya tgh bayangkan produksi filem di Chennai India gune kan lagu ni sbgai OST movie Tamil akan dtg tp gune version yg ni …. mesti Meletop movie tu ost lagu, melodi viral.. ”
” Sedapnya suara akak nadeera macam orang hindustan dah.. best gila, meremang dengar.. tak puas dengar sebab pendek sangat.. versi penuh please.. ”
” Weii meremang, best gilaa version macam indian klasik.. meremang dengar awak nyanyi.. macam tengah tengok filem tamil zaman hitam putih.. ”
” Tak expect Nadeera cover lagu ni. Best la plak version ni. Mcm lg deep plak feel dia. Suara pun cun.. meremang laaa.. tolong next indian song please.. ”
Komen Zubir di posting Nadeera :

Tidak dinafikan, suara Nadeera memang sesuai dengan rentak lagu ini. Lenggoknya itu seperti vibes drama Tamil klasik dulu, terbuai-buai mendengarnya. Semoga pada waktu akan datang, bakal ada kolaborasi antara Nadeera dan Zubir Khan. Tentu gempak jika paduan suara ini digandingkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Official Nadeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

