Artis / Selebriti
” Tebuk paling real, part jammed kejap tu tergelak sekejap. Comel Lah Uyaina.. ” – Netizen

Video Giliran Uyaina Arshad Kena Tebuk Ngaji Dengan Qawiy Aro, Bacaan Uyaina Raih Pujian Ramai. Walaupun Mengeletar Tangan Pun, Bacaan Uyaina Padu Lah. Lawak Uyaina Lari Last Tu, Tak Nak Jumpa Qawiy, Haha !!
Sebut sahaja nama Qawiy Aro, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran adalah tebuk ngaji. Sudah ramai selebriti yang menjadi ‘mangsa’ tebuk ngaji Qawiy ini dan terbaru adalah pengacara, Uyaina Arshad. Meninjau akaun Instagram Qawiy, video pertemuan mereka telah pun dikongsikan.
Menerusi video ini, Qawiy terjumpa Uyaina di belakang pentas dan acara tebuk ngaji pun bermula. Uyaina kelihatan begitu nervous sampai terketar-ketar tangannya ketika menyambung bacaan Qawiy. Dek kerana cuak, awal-awal tu sampai tak terkeluar ayat dari mulut Uyaina.
Kali ini Qawiy memilih surah Al-Waqiah ayat 6 sebagai permulaan ayat. Mula-mula sahaja Uyaina blur tetapi selepas itu, bacaannya lancara. Bukan biasa-biasa ye Uyaina, tak kosong dan ada ilmu yang tersemat di dada. Qawiy juga memuji bacaan Uyaina itu.
Uyaina sememangnya mengamalkan dan selalu membaca surah ini kerana itu boleh didengar kelancarannya. Sebelum menamatkan video mereka, Qawiy menitipkan doa untuk anak dalam kandungan Uyaina agar menjadi anak yang soleh dan cintakan Al-Quran. Kata Uyaina moga anaknya nanti boleh membaca Al-quran sesedap Qawiy.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian tersebut sehingga kini telah pun meraih lebih 48 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MashaaAllah Qawiy…. Menggeletar nak bac. Lepas ni kalau nampak Qawiy buat2 tak nampak lah Haha. Thank you Qawiy.. Bagus sangat apa yang Qawiy buat ni.. Hebat anak muda.. ” – Uyaina Arshad
” Hahaha comey jer uyaina.. Uyaina sekolah asrama penuh Integrasi Gopeng la. Mesti la pandai mengaji. Hari2 kena mengaji dkt surau tau. Kalau hilang ustazah cari.. ”
” Subhanallah.. mantap sebutan makhraj dan tajwidnya.. Sedap Uyaina baca.. surah waqiah surah favourite ni.. ”
” Cantik bacaan Uyaina.. Comel je uyaina lari sambil cakap tak nak jumpa qawiy dah , takutt haha. semua orang berdebar jumpa qawiy ni.. ”
” Alhamdulillah.. suka sangat macam ni.. yg tak kene terjah dan tengok je pun ikut seram haha.. Akhirnya Uyaina kena tebuk ngaji dengan Qawiy hehe.. ”
” Masya Allah.. The real winner of Puteri Muslimah Asia uyainaarshad .. Patut lah dicontoh ni.. comel je lepas ni jumpa qawiy cepat lari uyaina.. ”
” Tebuk paling real, part jammed kejap tu tergelak sekejap. padahal surah dah selalu bca, bila kena spontan gitu hilang semua hehe.. ”
” Tibe terjah mmg trus x ingat al waqiah… eeeee… pape pn tahniah uyaina.. suara merdu, cantik , bijak lagi tu.. ”
Banyak-banyak video tebuk ngaji, yang versi Uyaina ni antara yang comel. Part yang stuck tu paling win, hehe. Apa-apa pun, Uyaina memang hebat dan pandai. Semoga Uyaina sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiy Aro, IG Uyaina Arshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah