Artis / Selebriti
” Kalau macam ni la mak tiri dia melayan, memang layak pegang jawatan ‘mak’ untuk mereka.. ” – Komen Netizen
Video anak ketiga Shuib Sepahtu, Ariq Matin berusaha memujuk Watie Hanifiah untuk dibelikan hadiah ipad sempena hari lahirnya. Manjanya Matin dengan mommy, sampai peluk dan duduk atas mommy. Mommy pun baik dan sporting dengan anak-anak..
Meninjau entry di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ariq Matin berusaha memujuk Watie untuk dibelikan hadiah sempena ulangtahun kelahirannya. Hadiah yang Matin inginkan berupa sebuah ipad.
Cerita Watie di ruangan kapsyennya, sudah 2 tahun Matin memujuk Watie untuk dibelikan Ipad tetapi Watie bertegas untuk tidak menurut kemahuan Matin. Watie juga tidak mahu membaiki Ipad lama Matin dan semua yang Watie lakukan ini ada sebabnya tersendiri.
Demi untuk mengajar Matin agar menghargai apa sahaja barang yang diberi, Watie terpaksa keraskan hati untuk memberi pengajaran kepada Matin. Gelagat Matin yang memeluk dan bermanja dengan Watie itu membuatkan hati warganet yang menonton video ini terusik.
Manja betul Matin dengan mommynya ini dan cara Watie melayani Matin juga dipuji ramai. Sekali pun bukan anak yang Watie kandung dan lahirkan, tetapi Watie memberikan kasih sayang yang tulus dan ikhlas untuk anak-anak yatim ini. Besar pahala Watie kerana menjaga anak-anak arwah Siti Sarah ini dengan cukup baik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Klu mcm ni la mak tiri dia melayan, mmg patot layak pegang jawatan “mak” utk mereka. Sebiji arwah, gelak pn dh sama.. “
” Suke tgok watie dengan anak2. Rezeki anak2 arwah dapat ibu yang sebenarnya ibu. Anak2 selesa sangat dengan watie.. “
” Dia paling kecik masa arwah ibu dia meninggal. Thank you soo much mummy iamwatie for filling the kid’s with joy and happiness serta kasih syg yang ikhlas. Happy birthday Mateen.. “
” Mata masuk habuk. Dulu kte pun bersangka tak baik dgn watie. Tp bila tgk anak2 arwah bermanja dgn watie. Mmg watie baik orgnya. Budak2 xboleh menipu dgn siapa diaorg selesa.. “
” Actually watie sgt tegas dgn anak2 … dia treat anak2 ni mcm anak2 sndiri .. didik mcm anak sndiri.. “
” Anak2 pon manja dengan mummy macam ibu sdri. kita plk tgk terharu.. Mommy kiriman tuhan.. U mmg ibu sebenarnya ibu.. “
” Watie mmg Salah satu contoh ibu Sambung penyayang… Tq watie jadi contoh utk kami yg sama status dgn watie.. “
” Dia pernah rasa sakit kehilangan, dia pernah rasa rindu yang tak terluah, dia pernah rasa sakit ditinggalkan tanpa pesan.. bila ada mummy dia hargai sgt. Sanah helwah mateen.. semoga jd anak yg baik dan berjasa pada kedua mummy dan daddy.. “
Apabila kasih sayang ikhlas dari hati, ini lah yang terjadi. Manjanya Matin dengan Watie membuktikan Watie ibu tiri yang terbaik untuk anak-anak peninggalan arwah Siti Sarah ini. Semoga Watie dan anak-anak terus gembira bersama dan kebahagiaan yang mereka ada kini berkekalan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ni concert ke competition, Liza memang enjoy betul. Satu perkataan je, outstanding.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Thalita akan nyanyi lagu ini ke ? Tak sabar nak dengar, mesti best.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein