Artis / Selebriti
” Thalita dilahirkan kembali ke ? Sekarang macam ni.. ” – Shuib Sepahtu
Video Shuib Sepahtu membandingkan gambar Thalita ketika kecil dengan anak bongsunya, Akira Juwita Zahra yang sedang tidur. Ya Allah, memang sebijik muka Akira sekarang dengan Thalita masa kecil, copy and paste. Gaya tidur pun sama sangat..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik pelawak terkenal Shuib Sepahtu, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan telatah anak bongsunya, Akira Juwita Zahra yang sedang nyenyak tidur. Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai kerana wajah comel Akira dilihat begitu menenangkan.
Apa yang lebih menarik, Shuib turut berkongsi di paparan telefon yang memaparkan gambar anak keduanya, Thalita ketika masih kecil. Menerusi perkongsian itu, ramai menyedari Akira dan Thalita sememangnya mempunyai wajar seiras yang sangat ketara sehingga sukar dibezakan.
Shuib berseloroh mengatakan Thalita seolah-olah dilahirkan semula kerana wajah mereka yang saling tidak tumpah. Gurauan Shuib itu menghiburkan ramai pengikutnya, malah ada yang turut bersetuju dengan pendapat tersebut setelah melihat sendiri persamaan wajah adik-beradik itu.

Warganet turut meluahkan rasa teruja melihat kecomelan Akira. Ramai yang mengatakan Akira mempunyai raut wajah yang sama seperti Thalita ketika kecil dan yakin apabila dewasa nanti, Akira juga akan membesar menjadi anak yang cantik serta manis seperti kakaknya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mashallah suka la tuuu tata, dedek sama tata, ada gengg yaaa sihat2 selalu smua nyaa.. Comel sangat Akira.. “
” Besar nanti sama cantik mcm kakaknya.. Mashallah geramnya tgk pipi pau tu.. Dah macam pipi pau dah.. “
” Masyaallah, baru perasan nama diorg sama ehehhe. Btw dua2 comel cantik.. Nanti besar pun Akira cantik macam Kak Tata.. “
” nt mesti jd best friend kakak Tata.. Dah macam twin betul Akira dengan gambar Thalita masa kecil.. Kelahiran semula ni, hehe.. “
” MasyaAllah sama sebiji betul.. Akira dan Thalita.. MasyaAllah,bambam nya..so cute baby, semoga baby Akira membesar dengan sihat dan bahagia didunia dan diakhirat.. Aamiin.. “
” Subhanallah… Moga membesar menjd penyejuk mata hati mommy dan daddy. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.. “
” Alhamdulilah syukur semoga Bertambah sehat walafiat disamping keluarga tersayang wajah mirip Kakak Thalita sekarang.. Masih Banyak tidur tunggu lagi Satu dua Bulan Susah nak Akira nak main Sama kakak lah..”
Selain memuji kecomelan Akira, ramai juga mengambil kesempatan menitipkan doa agar puteri kecil Shuib itu sentiasa berada dalam lindungan Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti1 day ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen

