Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau budak lain ni, kat tangan mesti ada handphone main game nak hilang bosan.. ” – Netizen

Video Gelagat Adik Amir The Chosen One Menghilangkan Rasa Bosan Ketika Menunggu Giliran Di Belakang Pentas Buat Ramai Terhibur. Macam-Macam Gaya Dan Bunyi Amir Buat. Siap Gelak Dan Senyum Sendiri. Lawak Lah Amir Ni, Hehe !!

Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat adik Amir, peserta The Chosen One untuk menghilangkan rasa bosan ketika berada di belakang pentas telah membuatkan ramai netizen berasa terhibur.

Video ini dirakamkan pada minggu lepas ketika adik Amir menghadiri konsert All Star Gegar Vaganza. Sementara menunggu giliran adik Amir dipanggil, pelbagai gaya dan ragam adik Amir lakukan untuk menghiburkan hatinya yang pastinya berasa bosan.

Klik gambar untuk info..

Amir membuat pelbagai bunyi di mulutnya dan sesekali Amir ketawa. Amir juga melukis di cermin menggunakan jarinya. Sememangnya Amir seperti kanak-kanak lain yang tidak mahu duduk diam sahaja. Comel betul gelagat Amir ni.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya lama kelamaan adik Amir akan biasa dengan suasana begini apabila adik Amir menerima banyak jemputan nyanyian nanti.

Jom tonton video di bawah :

@amir.sisiunukoffi

Teruskan harimu dengan ceria,walau balik hatimu tersimpan duka,kerana setiap kesulitan pasti ada kesenangan,dan itulah janji tuhan#berandatiktok #diaridaripedalaman #termojproduction #fypシ #amirsisi #amirthechosenone #evolusibintangbaharu #tco @Termoj Production @kucing termoj

♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat gelagat adik Amir. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cikgu sebenarnya pwnguat amir. dia rasa selamat di sisi cikgu-cikgu dan abangnya. tahniah untuk cikgu-cikgu amir.. happynya Amir semoga Amir berjaya cemerlang dibidang nyanyian dan juga pelajaran.. “

” Kelakor amir…. dahlah comel.. amir buat bunyi tu ank acik dh terikut² dh.. hensem boy.. terima ksih cikgu dan abg celun kerna sentiasa bersama2 dgn amir.. respect uolss.. “

” Amir pkai bj wrna ni cntik nmpk seri.. klau pkai bj wrna biru nmpk pucat mukanya.. brader kat belakang tu siap menguap lgi tggu Unuk x nyanyi2 lgi.. “

” Betul lah cakap putera muhammad kadang 2 Amir leka bermain kadang 2 dia takda mood biasalah budak baru nak kenal dunia hehe. Amir tetap comel.. “

” Jgnkan amir.. cikgu2 pun dah penat tu kena sidai.. pelbagai ragam unuk buat bila kepuasan menunggu.. Pasti amir selamat diiring bodyguard yg sado2.. “

” Klu budak lain ni.. kat tangan mesti ada hp main game konon hilang bosan.. tp amir budak yg aktif Dan asli.. rindu zaman kanak²cmni la kami dulu era 70a.. “

” Dia dgn dunia dia  klu da budak, p mne² pun tetap ada perangai budak tu.. dh mcm ank acik klu lambat nk gi mana2.. “

Klik gambar untuk info..

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan adik Amir pada hari Rabu ini untuk persembahan akhir adik Amir di final The Chosen one. Jika sudah tertulis rezeki Amir untuk menang Insyaallah ada. Apa pun all the best.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Amir Sisi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT