Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau aku jadi staff hotel tu, aku dah terbahak-bahak ketawa.. ” – Netizen

Video Gelagat Amy Mastura Yang Teruja Ketika Dilayani Bak Permaisuri Oleh Seorang Kakitangan Hotel Buat Peminat Terhibur. Lawaklah Amy Buat Gaya Nak Ambil Wudhu’ Masa Basuh Tangan, Tergelak Sama Staff Hotel Tu !!

Amy Mastura salah seorang selebriti yang masih kekal diminati sehingga kini sekalipun sudah berpuluh tahun berada dalam industri. Amy yang sentiasa kelihatan awet muda ini tidak banyak berubah dari zaman muda sampai sekarang.

Meninjau akaun Instagram Amy Mastura, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan gelagat Amy ketika berada di sebuah hotel bersama beberapa orang wakil daripada sebuah syarikat untuk majlis hi-tea.

Salah seorang kakitangan hotel menghampiri Amy dan membantu untuk membasuh tangan Amy menggunakan sebuah bekas. Wah jarang dapat melihat hotel membuat service sebegini, patutlah Amy pun terkej0t pada awalnya.

Sempat juga Amy membuat jenaka ketika diminta terus mencuci tangannya, sudah seperti hendak mengambil air sembahyang kata Amy. Lawaklah Amy ni, tersenyum kakitangan hotel mendengar ayat Amy.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Amy ini telahpun meraih lebih 15 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” So funny lah akak Amy ni. Kenapa muda sentiasa ni, i like kak Amy. tak pernah jd permaisuri tp pernah jd puteri hehe.. “

” Itulaa… Akak.. dulu tolak pinangan putera raja.. g1lakan cameramen… hehehhe.. sekarang mesti dah jadi permaisuri darul syukur.. “

” Kelakar haha, comey.. Lawak kak Amy bersahaja je.. Berdekah tengok, sampai ulang byk kali.. “

” Kak Amy nie kalau tak kelakar buka Amy mastura lerrrr haha. Lain Kali akak kumur-kumur je kak Amy.. “

” Aku je ke yang ulang-ulang tengok ni haha. Mmg perangai stewardess mmg kelakar mcm ni ek hahahha.. “

” Ambik air sembahyang terus. Kak amy ni cute la… dr dulu xpernah x kelakar. teringat pulak sy dgn filem Impian.. “

” Kalau aku jadi staff hotel tu, aku dah terbahak-bahak ketawa. Adoiiii kelakar la reaksi Amy tu.. Kelakar la Amy, basuh muka haha.. “

Bagus juga cara hotel ini melayani tetamu, terasa rasa seperti permaisuri terus ye Amy, hehe. Apa-apa pun, semoga Amy Mastura terus ceria, maju jaya dalam karier seninya dan melimpah ruah rezekinya selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amy Mastura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT