Artis / Selebriti
” Sama tinggi je, risau aku kau hilang dalam ramai-ramai tu Bell. Haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Bell Ngasri Bertemu Peminat-Peminatnya Buat Warganet Terhibur. Amb0i Bell, Sempat Lagi Berkempen Suruh Undi Yer. Dah Macam Sebaya Pulak Bell Dengan Pelajar-Pelajar Sekolah Tu. Sama Besar, Hehe !!
Bell Ngasri nama yang cukup gah dalam dunia seni hiburan tanah air. Bell yang mula berjinak dalam dunia lakonan sejak zaman kanak-kanak lagi sehingga lah pada usianya kini yang sudah pun mencecah 42 tahun. Sepanjang penglibatan Bell, tahun ini membuka sejarah baru apabila Bell tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH35).
Bell mendapat sokongan padu daripada peminatnya dan ramai yang berusaha memberikan undi sebanyak yang mungkin buat Bell. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bell sedang beramah mesra bersama sekumpulan pelajar sekolah di sebuah mall.
Bukan main seronok lagi masing-masing bersalaman dan bergambar bersama Bell. Ada gaya seperti menteri lah Bell. Sambil bersalam, sambil Bell berkempen mengingatkan supaya tak lupa mengundi Bell. Lawak mendengar Bell menyebut ABP sepatutnya ABPBH.

Mana-mana lah Bell janji orang faham sudah kan. Bell yang awet muda ini kelihatan seperti sebaya pula dengan sekumpulan pelajar ini. Sama besar dan sama tinggi sahaja apabila Bell apabila bergambar beramai-ramai. Bell pun macam rupa budak sekolah juga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ko kali ni mesti menang Bell, hidup Bell Ngasri. Saya dh lama xambik tau hal undi2 nie pasal dia saya undi huhuhu hidup Bell.. ”
” Bell kalau memang nanti jangan naik harga pulak heheh. Setiap hari 20 undi. Saya guna 5 email undi bell the legendary.. ”
” Saya buat emel utk mak, bapak dan anak sy yg baru berusia 7 bulan ni sy utk undi abg. Kami sekeluarga je dah 100++ undi. Kalau abg kalah gak, sy baca harakah je lepas ni. Dah tak layan berita harian.. ”
” Budak-budak sekolah sekarang besar-besar ya.. diorang makan apa ni sampai nampak bell pun macam budak sekolah je hahah.. ”
” Sama tinggi je Bell dengan budak-budak haha.. Risau aku kau h1lang dalam ramai-ramai tu haha.. Ni dah macam berkempen PRN ni haha.. ”
” Dari kecik sampai skrg mmg minat bell… bell tak bercakap pun sis dah gelak tau… tgk muka pun dah lawak.. ”
” Haha tak tahu yang mana student ni, nampak sama je Bell dengan dorang. Bell ni dia duduk diam pun org tgk lawak dah haha.. ”
Tak pernah tak lawak si Bell ini, bukan sahaja orang dewasa, budak-budak pun suka pada Bell. Ini baru betul pelakon legend, semua lapisan umur Bell tapau. Semoga kemenangan berpihak pada Bell tahun ini dan teruskan berkempen Bell, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen

