Artis / Selebriti
” Kak Lina kalau dah nyanyi standby jelah, huru hara habis semua. Nasib lah semua pro, haha.. ” – Netizen
Video Keadaan Penyanyi Latar Big Stage Ketika Kena ‘Game’ Dengan Elly Mazlein Buat Ramai Terhibur. Boleh Pulak Kak Lina Tiba-Tiba Tukar Lagu Aku Cinta Aku Rindu Versi Dangdut. Terkejut Diorang, Nasib Baik Lah Semua Pro, Hehe !!
Minggu lepas, program Big Stage telah membuat semua penonton terhibur dengan telatah pengacaranya, Elly Mazlein setelah mengajak juri tetap program tersebut, Ajai untuk naik ke pentas dan berduet bersama menyanyikan lagu bertajuk ‘Aku Cinta Aku Rindu’
Lagak Ajai yang dikatakan sangat sporting melayan gelagat Elly atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Lina turut membuat ramai yang tidak menyangka. Lebih-lebih lagi saat mereka menyanyikan lagu tersebut dengan versi dangdut.
Meninjau di akaun Instagram Jadlobo, telah dikongsikan video saat mereka mengatasi situasi apabila Kak Lina tiba-tiba telah menukar lagu ‘Aku Cinta Aku Rindu’ ke rentak dangdut. Kelihatan pada awalnya mereka agak terkej0t, namun tetap meneruskan juga nyanyian tersebut.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada peminat mengatakan yang mereka memang sangat profesional dapat mengendali keadaan yang tidak disangka seperti ini. Sehingga kini, video ini telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur selepas menonton video yang dikongsikan ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kak Lina kalau dah nyanyi standby jelah, huru hara habis semua, nasib lah semua pro, haha.. Aku memang tunggu2 mesti ada yang nak dibuat Kak Lina, tgk2 dangdut terus.. “
” Dr kaca tv kita nampak Kak Lina sangat talented. Dia buat pentas macam rumah dia, tapi dalam masa sme sebenarnye memang wow lah.. “
” Masalahnya skrng aku tak tahu pun siapa yang peserta big stage, pengacara dan orang belakang yang aku tahu, hahaha.. Best g1ler arr tengok.. “
” Ad0i lawak betul lah, part ni aku memang gelak kuat betul, naik pen1ng Ajai layan Kak Lina, hahaha.. Sporting betul laj Ajai.. “
” Mesti pen1ing orng belakang nak layan kerenah Kak Lina, hahahaha awalnya sy igt benda ni semua plan, hahaha rupanya tak.. “
” Orang lama dalam industri, dapat hidu lah game Kak Lina, memang power lah korang dapat handle smua ni, terbaik lah..”
” Hikmah di sebalik Kak Lina huha2, bakat di sebalik tadbir turut terserlah.. Tiga orang ni dari aku kecik lagi, sekarang kau dah anak 3 dah, haha.. “
Terus muka masing-masing jadi ‘gabra’ ye tiba-tiba dengar nyanyian versi dangdut daripada Kak Lina. Pasti ada sahaja kejutan setiap minggu oleh Kak Lina dan Rina, sampaikan semua orang pun tak sangka. Apa-apa pun nantikan debaran final pada malam ini dan siapakah yang bakal bergelar juara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jadlobo, astrogempak, Tiktok @jadlobo33
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

