Artis / Selebriti
” Jodoh rahsia Allah, seronok jadi suami isteri kalau 1 frekuensi.. ” – Netizen
Video Mizz Nina Dan Essam Muhammad Kongsi Cerita Saat Perkenalan Mereka Raih Perhatian Warganet. Dah Lama Kenal, Siapa Sangka Jodoh Sebenarnya. Sweet Sangat Cara Essam Approach Mizz Nina Tu. Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana !!
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Mizz Nina telah pun kembali bergelar isteri pada bulab Jun yang lalu. Menikahi Essam Muhammad yang merupakan seorang penyanyi rap, pasangan ini baru sahaja diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada Ahad baru-baru ini.
Meninjau akaun Tiktok Mizznina06, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mizz Nina dan Essam berkongsi cerita mengenai perkenalan mereka dengan semua tetamu yang hadir pada majlis resepsi tersebut. Kata Mizz Nina, tahun 2015 mereka pertama kali bertemu dalam sebuah festival.
Selepas Mizz Nina membacakan sebuah puisi di atas pentas, Essam datang menemuinya dan memperkenalkan dirinya sebagai Essam Muhammad serta menyatakan dia menyukai kata-kata dalam puisi yang dibaca oleh Mizz Nina. Siapa sangka, dari seorang kawan boleh menjadi teman hidup.

Essam turut meluahkan rasa syukurnya ke hadrat Allah kerana selepas 8 tahun, Allah takdirkan untuk mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri. Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tak akan ke mana iye tak. Jodoh itu rahsia Allah dan Allah pasti memberikan yang terbaik.
Jom tonton video di bawah :
@mizznina06 Kalau dah jodoh tak kemana🥰 #mizznina #mizzninakahwin #mizz #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #masukfyp #fypage #foryoupage
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahniah mizz nina.. akhir nya jumpa pasangan yang benar-benar menghargai mu.. Allah temukan yang terbaik insha Allah.. ”
” Puan nina ni mmg x sombong.. aku pernah jumpa dia masa kerja kt bukit kiara humble je.. ank org kaya yg x menunjuk nunjuk sekarang aku lebih respek.. ”
” This is call sekufu, tahniah mizz nina.. Alhamdulillah tahniah.. Seronok jadi suami isteri kalau 1 frekuensi.. ”
” You look sooo happy.. Cara gelak dengan senyum pun sama mizz nina dengan suami dia ni.. Fesyen dorang pun sama je.. ”
” Kalau perasan Muka suami ada iras muka Mizz Nina sikit2.. Muka bujur sirih. Lembut.. Kalo try face morph mesti jdi. Org kata jodoh muka sama ni panjang.. ”
” Jodoh rahsia Allah, alhamdulillah tahniah mizz nina. nmpk beza muka dia.. nmpk mcm hepi sgt muka dia.. seri dia lain.. ”
” Alhamdulillah ni lah jodoh dan pasangan sekufu.. terserlah kebahagiaan nina dan suami.. moga jodoh hingga ke jannah aamin.. ”
Allah temukan Mizz Nina dengan sekali lagi kebahagiaan berumahtangga bersama Essam. Ramai yang mendoakan kebahagiaan Mizz Nina dan suami. Semoga pasangan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala perancangan pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok mizznina06
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti2 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Apa ni pedih, mata masuk habuk. So touching, sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen

