Artis / Selebriti
” Fuhh fasihnya dia cakap, petah berkata-kata macam ummi dia lah.. ” – Netizen

Video Anak Perempuan Ustazah Asma’ Harun, Tengku Atikah Fasih Bahasa Inggeris Raih Pujian Ramai. Syok Dengar Dia Speaking English, Macam Air. Padu Betul !!
Ustazah Asma’ Harun yang merupakan seorang pendakwah wanita yang cukup dikenali ramai. Ustazah Asma’ sangat bergiat aktif sebagai seorang pendakwah, motivator dan penulis buku. Jika meninjau di akaun TikTok, Ustazah Asma sering membuat video live untuk berkongsi ilmu agama kepada orang ramai.
Terbaru, menerusi satu akaun TikTok, telah dikongsikan video live Ustazah Asma’ bersama suaminya. Namun apa yang menarik pada kali ini adalah Ustazah Asma’ telah memanggil anak perempuannya, Tengku Atikah.
Ustazah Asma’ meminta Atikah untuk berkongsi beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti. Tidak disangka, Atikah bertutur dalam bahasa Inggeris dan kepetahannya bercakap membuat ramai yang kagum.
Perkongsian video itu telah ditonton puluhan ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Petah sungguh Atikah bercakap. Gayanya saling tidak tumpah seperti umminya yang sentiasa merendah diri dan bersopan santun.
Tonton video di bawah ini :
@wan_anitawh MasyaAllah hebatnya Puteri sulung Ustazah Asma’, berkongsi sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini. Ilmu yang bagus untuk anak² SPM semua. #ustazahasmaharun #anakustazahasma #uah
Di ruangan komen, rata-ratanya kagum melihat Atifah fasih berbahasa Inggeris dan pelbagai respon diberikan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Fuhh fasihnya dia cakap, petah berkata-kata macam ummi dia lah.. Parents yang melahirkan anak-anak yang hebat.. “
” Nampak je diam, sekali dia cakap nak sembang atau tanya pun segan.. Terbaik lah, kagum je tengok.. “
” Masya Allah cantiknya anak ustazah respect sgguh2 didikan ustazah dan ustaz tenang je.. Alhmdunillah.. “
” Sebelum ni ramai org suka rendahkan anknyg skolh agama… Masyaallah.. Lihat betapa bagusnya English.. Tu belum dngr Arabnya lagi.. “
” Bagus anak ustazah… Seimbang dunia akhirat.. Alhamdulillah. Student asrama penuh kbykn fasih byk bhs.Mcm spupu fasih France, Bi, Arab.. “
” Luahan hati seorg g anak.. 5 minute bermkna dapt jumpe biarpun jauh.. Ustazah melihat anak dgn bangga. Alhamdulillah.. “
” Alhamdulillah, semoga terus berjaya n menjadi anak yg solehah ya Atikah.. Suka tengok cara ustazah pandang anak dia.. “
Difahamkan Atikah bertutur bahasa Inggeris dengan fasih kerana dia telah mendapat pendidikan awal di Australia. Apa-apa pun semoga Atikah memperolehi kejayaan dalam pelajaran dan segala urusannya dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok wan_anitawh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya
-
Viral2 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen