Connect with us

Artis / Selebriti

” Mirul pandai berlakon dah, lawak betul tengok.. ” – Netizen

Video Terbaru Lakonan Ain Adruce Bersama Suaminya, Amirul Hafiz Buat Ramai Terhibur. Amboi Mirul, Awal-Awal Berani ‘Sound’ Bini, Last Last Takut Kena Hantar Balik Rumah Mak. Lawak Betul Lah Mirul Ni, Haha !!

Meninjau di akaun Instagram milik pengacara dan pelakon, Ain Edruce telah memuatnaik video terbaru berlakon bersama suaminya, Amirul Hafiz. Menerusi video itu, Amirul telah datang kepada Ain yang sedang duduk di meja makan.

Amirul atau lebih mesra dengan panggilan Mirul telah menegur Ain yang sedang seronok bermain telefon dan mengarahkan Ain untuk membuat kerja rumah. Mirul mengatakan kepada Ain yang dia mahu keluar ride motor.

Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Mirul, wajah Ain terus berubah dan meminta agar Mirul mengulangi sekali lagi apa yang dikatakannya. Telatah pasangan ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.

Akui warganet, Mirul sekarang sudah pandai berlakon dan tidak kekok seperti dahulu lagi dan ada yang berseloroh minta Ain untuk menaikkan payment untuk lakonan Mirul. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Ain tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan lakonan Ain dan Amirul dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :

” Mirul pandai berlakon dah, lawak betul tengok.. Pas ni Mirul boleh caras job Ain, hahahahaha dia lagi lawak daripada Ain.. “

” Makin baik nampaknya lakonan Miru.. Go Mirul.. Ain pls naikkan payment Mirul, hahahaha.. Comel tgk korang ni.. “

” Next time letak subtitle la. Aku blur² je tang mirul. Hahhaha tapi tgk muka pun dah gelak, memang kelakar.. “

”  Boleh menang anugerah pelakon popular Amirul.. Lawak ar dengar Amirul cakap ‘ sikit lagi nak kena hantar rumah mak aku ‘ .. “

” Terbaik lah.. Hahaha Mirul, beras kita beli.. Jangan takut.. Jalan terus je, hehehe.. Mantap ek lakonan korang sekarang.. “

” Fuhh makin pandai berlakon Mirul.. Macam ni baru sempoi.. Nak tanya last sekali boleh g ride ke tak Mirul.. “

” Fuuu dah tererrrr aaa Mirull belakon.. Hahahahahahaa adoiii laki bini dua2 masuk air, hahahaa.. Lawak2.. “

Menjadi betul lakonan Mirul kali ini, mencuit hati ramai apabila Mirul pandai menjiwai watak yang diberikan. Apa-apa pun semoga Mirul dan Ain akan terus hidup bahagia bersama serta terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ainedruce

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT