Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku respect suami isteri macam ni. Suami tahu menghargai isteri.. ” – Netizen

Perkongsian Izzue Islam Melayani Permintaan Isterinya, Awin Buat Ramai Yang Kagum. Alahai Suami Contoh Lah Izzue Ni. Ayat Izzue Tu Sweet Betul !!

10 tahun mendirikan rumahtangga, pasangan Izzue Islam dan isterinya, Awin antara pasangan yang sweet dengan cara mereka sendiri. Sekali pun mereka belum dikurniakan zuriat, Izzue masih tetap setia dengan isteri kesayangannya ini.

Meninjau akaun Instagram Izzue Islam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Izzue melayani permintaan Awin. Kata Izzue, dulu Awin pernah memiliki saloon sendiri. Kerana terlalu lama tidak memot0ng rambut orang, kerinduan itu datang dalam diri Awin.

Sebagai suami yang baik, Izzue menghulurkan kepalanya untuk Awin melepaskan kerinduan. Pada paparan video juga, Izzue ada mencoretkan bingkisan mengenai bahagia yang mencur1 perhatian warganet. Betul kata Izzue, sekarang masa untuk belajar menikmati setiap detik dalam hidup.

Bahagia itu kita yang cipta bersama insan tersayang dan jangan rugikan masa yang ada. Sweet dan comel melihat gelagat Izzue dan Awin. Bahagia dengan cara mereka tersendiri dan ini membuatkan warganet yang menonton video mereka ikut tersenyum sama.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Izzue ini telah pun meraih lebih 36 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Sweet la korang nie… yang ada rupa jugak setia hehe.. Sweetnya.. ya Allah rahmatilah perkahwinan izzu dan isterinya semoga kekal hingga jannah aamiin.. respect lah ”

” Aku respek laki bini mcm ni.. laki tau mhargai isteri saat dia tiada apa2 smpai lah dh ada kerjaya sendiri masih setia dgn isteri, kerna dia tau saat dia susah dlu siapa yg ada bersamanya.. ”

” Disebalik suami yg helok, ada isteri yg menjaganya dgn helok.. sweet la korang n , sentiasa doakan kebahagiaan korang, insha allah allah akan izinkan korang ada zuriat nt , amin.. ”

” Couple yang paling sweet sekali.. Hargai selagi ada.. luangkan masa bersama selagi mata terbuka.. fuh ayat yang meruntun jiwa.. ”

” Tu lah selalu nampak dalam video akk awin yang siapkan rambut abang izzue.. Sentiasa lah saling menyayangi.. Semoga korang bersama sampai ke akhir hayat.. ”

” Sweet sgt, semoga jodoh berpanjangan till jannah.. lelaki yang patut dicontohi.. Salute sama pasangan sejoli ni.. U have a wonderful wife. Tgk ke muka wife nmpk seseorang yg sentiasa be there for u.. ”

” Semoga yang baik-baik untuk pasangan ni sampai syurga.. suka tengok korang ni lah, sweet dan complete each other.. ”

Kebahagiaan Izzue turut dirasai oleh para peminatnya. Saling melengkapi antara satu sama lain dan menyayangi sepenuh hati, itu kekuatan Izzue dan Awin. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan Izzue dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izzue Islam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT