Artis / Selebriti
” Bahagia seorang ayah apabila nampak anaknya dibahagiakan.. ” – Netizen
![](https://beritakopak.cc/wp-content/uploads/2023/09/ayhmizznina-FI.jpg)
Video Gelagat Ayah Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim Ketika Menantunya, Essam Menyanyikan Sebuah Lagu Buat Mizz Nina Di Majlis Resepsi Buat Ramai Tersentuh. Happy Betul Tan Sri Azman Tengok Anaknya Sedang Bahagia, Siap Tepuk-Tepuk Tangan Dan Goyang-Goyang Badan Lagi !!
Umum mengetahui beberapa bulan lalu, Mizz Nina berkongsi kegembiraan dengan mendedahkan status terbaharunya sebagai isteri kepada Essam Muhammad iaitu seorang penyanyi rap dan penulis lirik aktif dalam bidang muzik yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) dan berketurunan Maghribi.
Beberapa hari lalu, telah tular video majlis resepsi Mizz Nina dan Essam yang diadakan di Malaysia menerusi aplikasi TikTok. Pasangan ini telah mengenakan busana serba putih yang begitu menyerlah seri pengantin dalam sebuah majlis tertutup.
Majlis istimewa yang mendapat sentuhan Reka Teemor bagi penataan dewan, Essam telah menghadiahkan sebuah lagu rap buat isteri tercinta dan tetamu. Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat ayah Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim yang nampak begitu happy sepanjang persembahan dan begitu rancak bertepuk tangan sambil menggoyangkan badannya.
Ada yang mengatakan tersentuh melihat cara ayah Mizz Nina melihat anaknya yang kini bahagia dengan perkahwinan barunya itu. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 300 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@shazrinaazman Subhanallahπ€β¨ #weddingvibes #mizznina #husbandwife #lovestory #fyp #syukuralhamdulillah #mizzninakahwin #ayahku #ayahhebat
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat wajah kegembiraan Tan Sri Azman dan turut memberikan ucapan tahniah kepada Mizz Nina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bahagia seorang ayah apabila nampak anaknya dibahagiakan.. Kasih seorang ayah membawa ke syurga.. “
” Dia bertepuk tangan seperti sedang menyanyikan Mizz Nina ketika masih kecil.. Always his little princes.. “
” Allahuakhbar.. Gembiranya Tan Sri melihat anaknya dicintai org yg tepat. Semoga bahagia ke Jannah. Amiin.. “
” I am so happy for you. Our story is similar. Unlucky in the 1st marriage, then found my peace with an American who accepts my flaws n imperfection.. “
” Rasa sebak.. Menitis air Mata.. Di situ Kita boleh tgk riak wjh org tua bla ank dya bsma dgn org yg tepat.. “
” Happy betul tgk Tan Sri.. Tahniah Mizz Nina, awak berhak mendapat kebahagiaan.. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. “
” Kenapa aku sebakk tgok Tan Sri Azman.. Kegembiraan seorang ayah ikhlas buat puteri tersayangnya.. “
Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Tan Sri Azman melihat Mizz Nina begitu bahagia bersama Essam. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Mizz Nina, semoga ikatan perkahwinan kali ini akan kekal bahagia sehingga ke syurga dan dipermudahkan semua urusan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok shazrinaazman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Alhamdulillah, tahniah Nina. Muka hampir seiras, jodoh kuat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cantiknya tuan puteri, cantik seperti ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Low tone tu sedapnya. Terbukti tidak sebijik suara Tokti. You have your own tone.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Best gila Kepom nyanyi irama tradisional. Gemersik cukup berlemak suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berdekah aku tengok, Tok Ram dah makin rosak. Tolong bawak Tok Ram ke pangkal jalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bahagianya Leez dan Aepul, sampai syurga ya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kak Kepom penyanyi example dah buat pembetulan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Sedih part mak dia kata 2 kali gugur dan arwah anak yang bawa kegembiraan untuk dia.. ” – Komen Netizen