Viral
” Jatuh air mata dengar suara Dollah berkumandang menyebut ayat suci Al-Quran. Hebat rencanaMu ya Allah.. ” – Netizen

Video Terbaru Alunan Suara Adik Abdullah Membaca Surah Al-Mulk Meruntun Hati Warganet. Sayu Tengok Wajah Dollah Tapi Dalam Masa Yang Sama Gembira Dollah Makin Sihat. Bacaan Yang Syahdu, Sampai Ke Hati !!
Abdullah atau Dollah satu-satunya yang selamat ketika terlibat dalam nahas jalanraya beberapa bulan yang lalu. Jika diimbau keadaan Dollah ketika itu, siapa sangka Dollah mampu bertahan dan hari ini Dollah semakin sihat dan sudah mampu kembali ke sekolah semula.
Meninjau akaun Tiktok Tanwiriah Channel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dollah ketika berada di sekolah. Wajah Dollah ada kalanya kelihatan sayu dan merenung jauh seolah-olah memikirkan sesuatu. Mungkin Dollah teringatkan arwah Abi, Ibu dan adik beradiknya yang telah pergi.
Video ini yang diiringi bacaan surah Al-Mulk oleh Dollah sendiri membuatkan ramai yang sebak dan sayu. Anak soleh Abi dan Ibu yang diberi kurniaan mampu menghafal ayat suci Al-Quran. Indah sungguh bacaan Dollah dan sebutannya jelas satu persatu.
Dollah adalah ‘ladang’ pahala untuk Abi dan Ibu yang tak akan berhenti mengalir. Hasil didikan dan asuhan Abi dan Ibu, Dollah boleh menjadi penghafaz Al-Quran. Ramai yang turut mendoakan agar Dollah sihat selalu dan kuat untuk mengharungi hari-hari mendatang.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@tanwiriahchannel Replying to @sheriff7773 Suka Adik Abdullah dapat jumpa kawan2 dia di Madrasah At Tanwiriah…Sama2 kita doakannya 🤲🤲🤲 #adikrahman #adikabdullah #rahmanlahhh @KamalNizam MS @Dzulhafeez @deejay_ajiz @rahmanlahhhhhhh @Zulkifli Md Yusof #adikdollah
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet dan rata-ratanya tersentuh dengan alunan suara Dollah itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jatuh air mata dgr suara Adik dollah berkumandang. sebak bila dgr suara adik dollahh mnyebut ayat-ayat suci al-quran surah mulk.. auto trigat nasib yg menimpa kluarga dollah.. yaa Allahhh.. kuatknlh adik dollah.. ”
” Saya auto berjurai dengar suara Dollah mengaji. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Dollah alirkan pahala yang tak putus untuk abi dan ibu di sana.. ”
” Sesungguhnya al Quran itu adalah syifa’.. setiap kali tgk abdullah rasa sebak dan perit sangat hati ni .. moga terus sihat ye abdullah .. anak yang hebat.. ”
” Hebat nya org tua kalian meningalkan ank2 yg soleh pahala mglir setiap saat Allahurobi sunguh aku memcemburi hambamu yg satu ini.. ”
” Syurga itu di sana, tapi kunci syurga itu disini (Abdullah Anak soleh umi dan abi) perancangan Allah itu maha hebat untuk anak yang sangat hebat.. ”
” Satu satunya Allah selamatkan, untuk temani Rahman. Jaga diri ya Abdullah. Moga berjaya Dunia akhirat.. ”
” Subhanallah hebatnya rencana mu ya Allah.. semoga adik abdullah semakin hari semakin sihat.. aamiin.. ”
” saya pn rasa pilu tengok wajah dollah… solah ada sesuatu direnong nya ya Allah moga dollah semakin sihat dan kuat. Bacaan yang buat air mata jatuh tanpa sedari.. ladang pahala abi dan ibu di sana.. ”
Allah sebaik-baik Perancang dan pastinya ada hikmah atas segala yang terjadi. Semoga Allah kurniakan Dollah kesihatan yang baik, menjadi seorang Hafiz Al-Quran dan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Moga kebaikan dan amalan Dollah akan menjadi pahala untuk kedua ibu bapanya di sana.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tanwiriahchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku stuck, 10 kali gelak tengok video ni. Tok Ram dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Liza Aziz rap terkeluar style Almarhum ibunya, Normadiah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sabar, sabar, Nabila tukar jadi hijau sat lagi haa.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen