Artis / Selebriti
” 10 kali tengok video ni, 10 kali menangis dengar Dollah cakap.. ” – Netizen

Video Perbualan Adik Kepada Abdul Rahman, Abdullah Amir Apabila Ibu Saudaranya Mahu Membeli Air Coklat Untuknya Buat Ramai Sebak. Runtun Jiwa Dengar Luahan Dollah Yang Sangat Merindui Arwah Ibunya !!
Beberapa hari lalu, setelah hampir tiga bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah, akhirnya Abdullah Amir Ruddin sudah kembali mengikuti kelas tahfiz al-Quran di Madrasah Tahfiz al-Quran At Tanwiriah. Setelah sekian lama tidak dapat menghadiri kelas sejak terlibat dalam tragedi yang meragut enam ahli keluarganya pada 2 September lalu, akhirnya Abdullah kembali ke sekolah.
Meninjau di akaun TikTok, telah dikongsikan video yang memaparkan perbualan Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dollah bersama ibu saudaranya, Puan Nora Hila. Menerusi video itu, Puan Nora mahu membeli air coklat untuk Dollah. Dollah terus berkata coklat memang sedap, tapi coklat yang sedap adalah yang disuap oleh ibu.
Terkedu Puan Nora mendengar apa yang diucapkan oleh Dollah. Selepas itu, Puan Nora cuba menenangkan Dollah sambil mengusap Dollah yang sedang menangis dan meminta Dollah untuk terus kuat serta tabah. Perkongsian video terbaru itu telah mengundang rasa sebak warganet yang menontonnya.
Ada yang mengatakan menonton video ini beberapa kali pun masih menangis mendengar apa yang dikatakan oleh Dollah. Bahkan ada yang berharap Dollah akan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang. Sehingga kini, video Dollah bersama ibu saudaranya menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@whitedahlia11 kerana air coklat😭😭😭 maaf ye background sound tak boleh nk remove 🙏 #adikrahman #dolah #CapCut
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak mendengar apa yang dikatakan oleh Dollah itu dan menitipkan kata-kata semangat buat Dollah. Antara komen-komen warganet adalah :
” 10 kali tengok video ni, 10 kali menang1s dengar Dollah cakap.. Semoga DolLah sentiasa kuat semangat yer.. Utk Kak Rahila sy doakan semoga Alah sentiasa merahmati kehidupan akk sekeluarga atas kasih syg akk.. “
” Dollah keluar kelas tgk mak ila dtg dia nanges sedeh sepatutnye ibu dtg amik dia, tapi mak ila yg amik, Allahu Dollah mesti rindu ibu abi semua.. “
” Gugur air mata seorang ibu melihat Dollah bila ckp mcm tu n sed1h mcm tu.. Dia dh mula sihat, dh mula rasa kerinduan kpd ibunya.. “
” Rindu dia kat arwah.. Allahurabbi, kita pun tumpang sedih juga, terus menangis dengar apa yang dia ckp.. Semoga dipermudahkan segala urusan semua.. “
” Tabahkan diri adik Dollah ye. Rindukan orang tersayang yg dah tiada.. Memang sakit.. Semoga Dollah tetap dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.. “
” Allah.. Acik tak kuat.. Dollah kuat ya sayang.. Jaga diri baik2…Jangan sed1h2.. Kesian Mak Ila nanti sed1h juga.. Moga anak ini menjadi anak yang soleh, amin.. “
” Ya Allah aku pulak yg mnangis.. Rindunya dolah arwah ibunya.. Smga Allah jaga dan mlindungimu syg Dolah.. Aamiin.. “
Rindu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan kita memang amat menyak1tkan. Bukan tidak menerima ketentuan Illahi, namun ianya mengambil masa untuk berdamai dengan takdir. Didoakan semoga Dollah dan juga abangnya terus diberikan kekuatan dan segala urusan anak-anak yatim piatu ini dipermudahkan oleh Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok whitedahlia11, rahilanoor85
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar