Artis / Selebriti
” Jakelina tamak ehh. Semua benda nak disebatnya, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Elly Mazlein di sebalik tabir bersama kru Jakel buat ramai terhibur. Duta terpaling function di abad ini. Memang berbaloi ambil Jakelina ni, tak rugi, haha..
Umum mengetahui yang pengacara, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein merupakan antara duta utama untuk Butik Jakel. Setiap kali membuat promosi, gelagat spontan dan selambanya sering kali mencuri perhatian ramai. Tidak hairanlah setiap video yang dikongsikan olehnya sering mendapat tontonan tinggi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Elly telah memuatnaik sebuah video di sebalik tabir ketika menjalani penggambaran bersama kru Jakel. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan Elly sangat sibuk membantu kru membawa lighting ke sana ke sini, seolah-olah Elly juga salah seorang tenaga kerja belakang tabir.
Apa yang menarik perhatian ialah kesungguhannya membantu walaupun bukan tugasnya. Telatah bersahajanya itu membuatkan ramai terhibur. Gelagatnya yang tidak pernah ‘kekwat’ dan sentiasa menyenangkan menjadikan setiap situasi lebih ceria dan seronok.

Ramai warganet turut memuji Elly sebagai duta terpaling rajin, malah mengatakan kehadirannya di lokasi penggambaran sudah cukup untuk membuatkan ramai tersenyum. Perkongsian ini meraih banyak tontonan warganet dan memperolehi banyak tanda suka.
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah Elly dan memberikan pelbagai kata-kata usikan kepadanya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Jakelina tamak ehh. Semua benda nak disebatnya, haha.. Untung lah Jakel, dapat duta macam dia ni, aktif.. “
” Hahhahaha duta terpaling function di abad ini memang berbaloi ambik k lina jadi duta.. Terbaik lah Kak Lina kita.. “
” Ngaderla, terhibur saya KakLina.. Selalu memang ada seorang pun perangai mcm ni di tempat kerja.. Dia lah terpaling byk buat kerja.. “
” Tu kain berkayu kayu pun kak Lina punya koje juga kan….kak Lina kan no syatu… Hahahahaha, pekerja contoh sangat ni Sharifah Jakelina oiii.. “
” Memang semua dia sapu lah.. Jakel nk yg no syatu, kan. Dia je lah.. Mmg betul2 function duta ni… Tak rugi bayar mahal pun takper.. “
” Takkan tidakkkk no syatuuu kan.. Dah macam Ali Baba lari kena kejar penyamun dalam gua.. Tak sia2 byr duta ni dikkk, terpalinggg dpt sambutaaaannnn.. “
” Kalau bos Jakel kata kak lina tak buat keje… Ni ha bukti semua kak Lina dah buat ok… Hahaha terbaik lah.. “
Video tersebut bukan sahaja mencuit hati warganet, tetapi turut menyerlahkan sisi peribadi Elly yang rajin, rendah diri, dan mudah didekati. Semoga Elly Mazlein terus sukses dalam kerjayanya sebagai duta dan selebriti, serta terus menceriakan peminat dengan telatah lucu dan aura positif yang dibawanya.

Silakan SHARE..
Sumber :IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti7 days ago” Rayyan berlari pun beza dengan yang lain. Dah memang terlatih, power.. ” – Komen Netizen

