Artis / Selebriti
” Jaga-jaga Bell, takut nanti kena tidur luar, haha.. ” – Komen Netizen
Video Telatah Bell Ngasri Miming Lagu Bersama Anna Jobling Dalam Rancangan I Can See Your Voice Malaysia Mencuit Hati Ramai. Amboi Bukan Main Lagi Bell Yer. Dah Macam Ulat Bulu Naik Daun, Haha !!
Rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) kembali lagi dengan musim ke tujuh dan kini sedang ditayangkan dengan 11 episod bermula 23 Jun lalu pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3. ICSYVMY masih mengekalkan Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai pengacara pada musim ketujuh.
Meninjau di akaun Instagram milik TV3, telah dikongsikan video yang memaparkan Bell Ngasri miming lagu yang dinyanyikan oleh salah seorang peserta bersama pelakon cantik, Anna Jobling. Untuk makluman, Anna merupakan ahli panel penyiasat jemputan pada minggu ini.
Gelagat Bell yang mengusik Anna Jobling mencuit hati ramai. Bell kelihatan seperti ‘ulat bulu naik daun’ dan tidak berhenti menyakat Anna. Melihat Bell tak henti-henti menyakat Anna, kedengaran suara Riena berseloroh meminta agar Anna berjaga-jaga.

Setelah itu, Bell dipeluk oleh Izzue untuk menghentikan persembahan dan semua mereka tidak berhenti berdekah ketawa. Sementara itu, Bell sempat berkata meskipun hanya meniru menyanyi sudah cukup ‘bahaya’ apabila berhadapan dengan Anna sambil tangannya memegang dada.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa kerana terhibur melihat telatah Bell. Malah ada netizen mengusik Bell. Komen tersebut adalah :
” Jaga-jaga Bell, takut nanti kena tidur luar, haha.. “
Amboi bukan main seronok lagi Bell yer. Tidak berkelip mata tengok Anna di hadapan mata. Apa-apa pun Bell hanya menyakat Anna dan tidak lebih daripada itu. Bagi yang mengenali dan mengikut Bell pasti mengetahui yang Bell memang seorang yang sangat kelakar dan ‘masuk air’ .

Memetik pada laporan di portal Tonton, ICSYVMY7 musim ini penonton akan menyaksikan tema pakaian yang berbeza seperti Seram, Bollywood, Rock dan Retro di episod yang tertentu. Selain itu, salah satu peserta pada setiap minggu akan ada pasangan duo.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tv3malaysia, bellngasriofficial, Google tonton
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

