Artis / Selebriti
” Itu lah jawapan yang netizen satu Malaysia nak dengar dari mulut YB Saddiq. Yahooo.. ” – Komen Netizen
Video jawapan YB Syed Saddiq ketika ditanya mengenai Bella oleh beberapa orang penduduk Muar buat peminat BASS teruja. Wah, hint paling jelas YB bagi kali ni. Dah ada bau nasi minyak lah, hehe..
Dalam kesibukannya memenuhi semua tugasan sebagai duta produk, YB Syed Saddiq sempat meluangkan masa untuk menziarahi dan bertemu mata dengan penduduk Muar. Semua sedia maklum, YB Saddiq menerima tawaran sebagai duta beberapa produk demi mencari dana untuk diberikan kepada penduduk Muar.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cinta88805, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq beramah mesra bersama beberapa orang penduduk kampung. Setiap kali YB Saddiq pulang ke Muar, pastinya pertanyaan di mana Bella Astillah akan diajukan.
Kehadiran Bella ke Muar dalam misi bantuan sebelum ini meninggalkan kesan di hati penduduk Muar. Ramai yang jatuh sayang kepada Bella dan menyenangi Bella. Dalam perbualan ini, penduduk kampung meminta agar YB Saddiq lebih kerap membawa Bella pulang ke Muar.

Mendengar permintaan penduduk Muar itu, YB Saddiq memberikan satu jawapan yang tidak diduga. Sambil tersenyum, jawapan YB Saddiq itu bunyinya kedengaran serius. Wah mesti seronok semua pencinta BASS dengan jawapan ikhlas daripada YB Saddiq itu. Bau nasi minyak YB Saddiq dan Bella semakin kuat.
Jom tonton video di bawah :
@cinta88805 #CapCut #Repost #reedit credit to fenomena bass WAH… Best apa yg Yb ckp tu❤️@Syed Saddiq #bellaastillah #muar #teambass #BASS #fyp #fypシ゚ #foryoupage #fypppppppppppppp #sabahantiktokers
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku org Muar syg betul kat bella… macam Yb tu bella pulak … aihhhhh kenapa eh aku & family lbih sygkan bella dr Yb … sorry ye Yb.. “
” Nampaknya Bella lulus jd isteri yb seorg yg tak sombong, pandai ambil hati, ikhlas bergaul dgn rakyat marhaen dan pandai cari dana serta ringan tulang membantu. kdg peranan isteri pun boleh sebabkan jatuh bangun seorg AP.. “
” Sye pomis yb.. sye akn hadir ke mjlis pekahwinan yb n bella walaupun tidak di jemput… nk jgak attend sebagai peminat no syatuuu BASS dr kota tinggi,Johor.. “
” Bukan org muar je suka yb bersama bella.. kami semua ni xsbr yb kawen dgn bella.. satu Malaysia tunggu YB.. “
” Rasa macam kena panah jantung aku ni haaaa… anxiety terus tp menggelupur nak ketawa juga.. Jawapan YB spontan betul eh.. tersasul teruk ni YB.. “
” Team BASS readyy ehh dah ada bau2 nasi minyak ni , cptlah YB kahwinnyaaa .. Kami pegang ayat tu YB, pegang sampai jadi.. “
” Kembang kuncup hati aku dengar yb cakap gitu.. walau pun aku tahu.. aku bkn la bella haha.. pandai org muar “paksa” YB cara halus hehe.. “
” Jawapan rasmi je daripada YB Saddiq ni.. itu lah jawapannya yang netizen satu Malaysia nak dengar dari mulut YB Saddiq.. yahooo.. “
Siapa sahaja yang tidak teruja mendengar jawapan YB Saddiq itu. Pencinta BASS pegang kata-kata YB Saddiq itu sehingga YB Saddiq dan Bella sah menjadi pasangan suami isteri. Semoga dipermudahkan urusan YB Saddiq dan Bella dan ditakdirkan ada jodoh bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cinta@888
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen

