Artis / Selebriti
” It was years ago I don’t remember, she’s never cried.. ” – Tengku Ratu

Ditanya pendapat mengenai ibunya Linda Jasmine, jawapan Tengku Ratu raih perhatian ramai. Baru berusia 15 tahun, tapi kata-kata Ratu sangat matang dan lemah lembut. Dah lah orangnya cantik..
Tiada angin tiada ribut, perkahwinan pasangan yang sering kelihatan romantis iaitu Que Haidar dan Linda Jasmine akhirnya terlerai. Ianya satu kejutan buat semua yang mengikuti pasangan ini, namun kedua-dua sangat positif demi kebaikan anak-anak mereka, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.
Meninjau entry di akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak Majalah Nona bersama Linda dan Ratu. Ketika wakil Nona sedang berbual bersama Linda, Ratu baru sahaja pulang dan Ratu turut serta dalam temubual ini.
Banyak yang ditanyakan oleh wakil Nona kepada anak perempuan Linda ini. Memandangkan Linda berstatus ibu tunggal, Ratu ditanyakan apa yang boleh dikatakan kepada ibunya itu. Gelak ketawa anak dan ibu menghiasi sepanjang temubual ini kerana kedua-duanya sangat sporting menjawab semua soalan.
Sebagaimana ibunya, Ratu juga sangat matang dalam percakapannya. Pada usianya yang sudah menjangkau 15 tahun, Ratu sangat memahami situasi yang terjadi antara ibu dan ayahnya. Ratu juga mengakui ibunya seorang yang sangat kuat dan terbaik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian tersebut sehingga kini telah pun meraih hampir 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantik nyer anak linda jasmin mix papa & mama kejadian nyer sgt2 cantik Alhamdulillah.. cantik dan manis orangnya.. “
” Linda Jasmine is soooo cantik.. suka tengok dia masa AF dulu, anak dah tiga masih lawaaaa.. “
” Besar dah si ratu ni.. Wajah seorang princess cantik sgt Ratu.. cantiknya lah.. tak yah makeup pn dah semulajadi cantik.. “
” Linda jasmine dari dulu sampai sekarang fesyen rambut dia sama je.. linda dan ratu dua-dua sangat cantik.. “
” Sopan santun anak dara Linda ni. Baik, lawa pulak tu.. Linda pun cantik macam dulu-dulu walaupun sekarang dah berisi.. “
” Ratu cakap tak buka mulut tapi speaking berabuk.. sesuai namanya ratu.. lawa Ratu macam Linda jugak.. “
” Dulu kini dan selamanya linda jasmin setia dengan style rambut gitu.. cantik sangat Linda masa dulu sekarang dah berisi pun cantik dan baik org ya dia xsombong.. “
Linda masih sama seperti dahulu, tetap peramah dan tidak sombong. Sebagaimana cantiknya Linda, begitu jugalah kecantikan yang diwarisi oleh Ratu. Ratu juga seorang anak yang sopan santun dan bijak berkata-kata. Apa-apa pun, semoga Linda terus positif seperti ini dan gembira bersama anak-anak tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen