Artis / Selebriti
” Comel tengok Bunga solat, behave betul dia.. ” – Komen Netizen

Video gelagat comel anak Elisya Sandha, Bunga Elhaq solat berjemaah bersama ibu bapanya raih pujian ramai. Alahai bagusnya Bunga, kecil-kecil lagi dah ikut mummy dan daddy solat. Tapi kain mana Bunga, hehe..
Umum mengetahui yang pelakon Elisya Sandha telah mendirikan rumahtangga bersama anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Bunga Elhaq.
Sejak dilahirkan lagi sehingga lah sekarang, Bunga juga mempunyai ramai peminat seperti ibunya yang setia mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Terbaru meninjau di akaun Instagram Uzair, telah dikongsikan video yang memaparkan Bunga turut solat berjemaah bersamanya dan Elisya.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa geram apabila melihat gelagat Bunga ketika solat. Manakan tidak, lihat sajalah penampilan Bunga yang hanya memakai telekung dan tidak memakai kain.
Selain itu, ada juga yang mengatakan Bunga seperti sudah terbiasa solat bersama kedua ibu bapanya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sehingga kini, video Bunga solat telah menerima belasan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Bunga solat dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Comel tengok Bunga solat, behave betul dia.. Kalau anak saya dua rakaat pastu main lari2.. Naik atas badan. MasyaAllah.. “
” MasyaAllah Tabarakallah Uzair bini dan anak solat.. Comelnya dia.. Sejuk tengok Bunga, dah pandai solat dah dia sekarang.. “
” MasyaAllah anak syurga ni.. Kain hilang ke mmg takde Bunga, hahhaa.. Geram betul tengok Bunga, sebab dia makin comel sangat.. “
” Well said.. Org selalu mgejar.. Sampai terlupa nk menghargai n menikmati hari ini… Esk tak selalunya ada… Sbb kita tak thu ajal kita bila… Hargailah org disisi kita.. “
” Cara bunga ni baik behave menunjukkan dia dh selalu solat dgn parents dia mcm tu.. Alhamdulillah bagus Bunga, moga jadi anak yang solehah.. “
” Allah, comelnya tengok family ni.. Tapi kalau aku… Mmg tkleh tahan gelak weh anak cmtu…Hahaha.. Bunga is so cute sangat.. “
” Ala comelnya bunga tu solat.. Part yg peluk last tu.. Im crying.. Semoga keluarga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah.. “
Alahai comelnya Bunga solat, patut lah ramai yang geram melihatnya. Sekejap betul Bunga ini membesar, rasa seperti baru sahaja melihat posting Sheila Rusly menerima cucu. Apa-apa pun, semoga Bunga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG uzairhaqimy69
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin