Artis / Selebriti
” Bunga ni kelakar lah. Dato’ Haq and Jinggo bell pon boleh la Bunga, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Elisya Sandha, Bunga Elhaq berbual bersama Dadanya, Tok Sidang buat ramai terhibur. Alahai bijaknya Bunga, pandai betul dia berborak. Part last paling kelakar, sempat lagi Bunga nyanyi lagu ‘Jinggo Bell’ untuk dada yer, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik suami pelakon Sheila Rusly iaitu Jinggo atau mesra dipanggil Tok Sidang, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Tok Sidang sedang berborak santai bersama cucu sulungnya, Bunga Elhaq. Video ini mendapat perhatian ramai kerana telatah mereka yang begitu mesra.
Menerusi video itu, Tok Sidang bertanya kepada Bunga siapakah yang paling disayangi oleh Bunga. Dengan jujur, Bunga menyebut yang dia sangat menyayangi Dada (Tok Sidang), Nanna (Sheila Rusly), kedua ibu bapanya, bapa saudara dan ibu saudaranya, serta beberapa orang bibik.
Tok Sidang kemudian bertanya lagi kepada Bunga, siapakah nama ibu dan bapanya. Apa yang mencuit hati, Bunga menyebut nama bapanya adalah ‘Dato’ Haq’. Mendengar jawapan itu, Tok Sidang tidak dapat menahan ketawa berdekah kerana terhibur dengan cucunya.

Gelagat Bunga yang spontan dan comel mengundang senyuman warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah cucu sulung Tok Sidang yang begitu manja, sekaligus menunjukkan keakraban mereka sekeluarga. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Tok Sidang ini menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bunga ni kelakar lah. Dato Haq and Jinggo bell pon boleh la Bunga, haha.. Mana tahu masin mulut Bunga, nanti daddy dapat pangkat ‘ Dato’ .. “
” Terdengar cantik beno nma mommy bila Bunga yg sebut.. Comel betul cucu Tok Sidang ni, maneh betul kita nengoknya.. “
” Ulang2 pn tak bosan.. Comel laaa bungaaaa, kejap dah dia dah besar.. Sekarang jadi bff dada yer sayang, hehe.. “
” Saya bole relate sbb cucu pertama selalu permata hati atuk.. Happy ekk cucu & atok, nana tak dok ekk, huhuhu.. “
” Jinggo bell adoiii kelakar laa Bunga.. Mengekek makcik ketawa dengar Bunga menyanyi untuk dada, hahahaa.. “
” Sweet-sweet je you berdua ni ah.. Sedap pula dengar suara Bunga bercakap.. Semua nama dia ingat lah, daddy tu paling kelakar, siap ada dato lagi.. “
” Bunga pandai amik hati dada.. Siap ada lagu jinggo bell.. Hahahahaha memang kelakar lah dengar.. Bijak bijak, Bunga bijak sangat.. “
Momen manis seperti ini bukan sahaja menyerlahkan kasih sayang keluarga, malah membuatkan ramai peminat terpaut dengan kecomelan Bunga. Pasti ramai yang gelagat Bunga yang lucu dan mesra dengan dadanya, lagi-lagi part Bunga menyanyi lagu ‘Jinggo Bell’ untuk Tok Sidang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jinggo_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

