Artis / Selebriti
” Irfan bayangkan apa masa nyanyi ni, feeling betul.. ” – Fattah Amin
Video Irfan Haris menyanyi lagu Satu Shaf Di Belakangku raih perhatian ramai. Wah, lain macam respon Irfan terhadap komen Fattah Amin, macam bagi hint je. Amira Othman pun ada bagi komen juga..
Meninjau ke akaun Instagram Irfan Haris, perkongsian sebuah video yang memaparkan Irfan menyanyikan lagu berjudul Satu Shaf Di Belakangku telah meraih perhatian ramai. Lagu ini merupakan lagu daripada Arvian Dwi, penyanyi dari Indonesia.
Lagu ini cukup mendayu-dayu dan lirik lagunya cukup indah. Apa yang mencuri perhatian apabila Fattah Amin turut meninggalkan komen pada ruangan komen posting ini. Fattah memuji Irfan yang menyanyi dengan penuh perasaan sehingga bertanya apa yang dibayangkan oleh Irfan ketika menyanyikan lagu ini.
Respon yang diberikan oleh Irfan seolah-olah memberikan satu hint yang mana Irfan membayangkan kakaknya, Amira Othman dan Fattah Amin yang kini mesra dipanggil sebagai Abang Long dan Kak Long. Respon Irfan ini telah menerima puluhan balasan daripada netizen.

Tidak ketinggalan, Amira juga turut memberikan simbol love di ruangan komen. Seperti selalu, Irfan juga mengusik kakaknya itu dengan membalas komen tersebut. Perkongsian ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Irfan apabila menyanyikan lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Suara irfan ni berlemak. Very soothing. Kadang dekat live TT, dia randomly nyanyi sikit pun dah sedap. Lagu ni akan iringi kakaknya berkahwin nanti.. “
” Hilang rindu dgr suara irfan…napa menyepi irfann ..live la kmi rindu ni.. Nanti bila fattah & Mirah ada Jodoh .. Irfan wajib nanti lagu ni di majlis bang long n kak long k.. “
” Allahuakbarr subhanallahh… jatuh cinta betul dengan suaranyaaaa.. Irfan prektis untuk majlis kaklong dan banglong yaa.. “
” InshaAllah one day adik irfannharis akan jd penyanyi popular yg hebat.. Sb suara mmg sedap.. Akhirnya irfannharis ! akak suka lagu ni.. “
” Masyaallah sedap suara Irfan nyanyi untuk kakak dan bakal abg ipar.. Akhirnya irfan tunai janjinya terbaik …sedap suara moga2 boleh nyanyi trio nnti.. “
” Irfannharis nanti nyanyikan lagu ni masa amiraaothman & fattahaminz kahwin pleasee.. Keep fly high,irfan..moga2 ada rezeki nama irfan makin melebar..Aamiin.. “
” All the best Irfan,lepas ne kalau jumpa Kat Southkey nak sgt bergambar..tempohari jumpa Kat surau segan pulak. Boleh bayangkan Irfan nyanyi nanti.. mesti sedih kan.. “
Komen daripada Fattah Amin :

Nampak macam ada bau nasi minyak sahaja perbualan antara Fattah, Amira dan Irfan. Apa-apa pun, lagu ini sememangnya sangat merdu dan sedap didengar. Nampak sesuai juga lagu ini dinyanyikan di majlis perkahwinan kan. Sweet sangat, hehe..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Irfan Harris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

