Connect with us

Artis / Selebriti

” Ini baru lah namanya cinta dalam diam. Jodoh itu sangat misteri.. ” – Netizen

Shila Amzah Kongsi Gambar Dan Video Throwback Kali Pertama Bertemu Ubai. Tweet Ubai Di Twitter Pada Tahun 2011 Raih Perhatian Ramai. Eh Masa Ni Bukan Ubai Baru Form 1 Ke, Siap Panggil Kak Shila Lagi. Ini Lah Orang Kata Kalau Dah Jodoh !!

Pasangan Shila Amzah dan Ubaidillah telah pun disatukan dalam satu majlis yang meriah Sabtu baru-baru ini. Bagai pinang dibelah dua, pasangan ini kelihatan serasi dan melengkapi antara satu sama lain. Walaupun ada perbezaan usia, namun itu bukan lah penghalang untuk mereka mencari bahagia.

Meninjau akaun Tik Tok Shila Amzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan kali pertama Shila dan Ubai. Turut sama ada dalam video itu ada Mamat dan tulis Shila mereka adalah kawan di applikasi Tik Tok. Comel sahaja melihat Mamat dan Ubai cuba meng0rat Shila.

Awal lagi Ubai sudah beri pickupline kepada Shila dengan mengatakan dia lebih sesuai untuk Shila. Turut sama dikongsikan oleh Shila dalam videonya ini adalah tangkap layar komen Ubai di Twitter dengan menggelarkan Shila sebagai Kak Shila.

Warganet berkira-kira usia Ubai pada ketika itu dan ternyata sejak usia 13 tahun lagi Ubai sudah meminati Shila. Terlintas pendedahan Ubai baru-baru ini memberitahu dia mengumpul wang belanja sekolah 50sen sehari semata-mata untuk membeli album Shila.

Jom tonton video di bawah :

@shilaamzahofficial

Dari 2011 ke 2023 šŸ„¹ Tahniah suami @Ubai Mz anda berjaya šŸ‘» Walaupun @Mamat Got No Chill cuba2. Hahaha

ā™¬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari

Lebih 24 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Shila ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Ubai sekarang 25 – 12 = 13 taun.. form 1 lagi gais haha.. Ubai panggil sha kakak lagi haha.. Effort tu yang mahal..ongrats Ubai dan Sha.. ”

” Harris alif pon start pnggil intan ladyana kakak. Okayy sapa nak panggil aku kakak cepat haha.. ”

” Jodoh itu sangat misteri. nampak kesungguhan ubai.. semoga till jannah ubai dan sha.. siapa yang crush dekat saya tu, cuba cuba lah hehe.. ”

” Tahniahhhh, semoga Allah berkati, respect Ubai, dari fans terus jadi housemate.. from crush to isteri, suka.. ”

” Indah nya jalan ptmuan korang.. dari pminat ke hbgn halal.. smga kekal smp bila2.. amin selamat pngntin baru ubai dan sha.. ”

” Dari adik angkat terus jadi suami ye sama lah kiter dari ayah angkat terus jadi suami.. Bila dah jodoh tak akan ke mana.. ”

” Ini baru lah namanya cinta dalam diam.. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan segalanya untuk korang berdua.. ”

Aturan Allah sememangnya yang paling terbaik untuk Shila dan Ubai. Siapa sangka dari ‘ kakak ‘ bertukar kepada ‘ sayang ‘. Apa-apa pun, tahniah Shila dan Ubai atas ikatan perkahwinan ini dan semoga hubungan ini aman selalu dan berkekalan sehingga ke anak cucu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Ā© Berita Kopak

##FREAKOUT