Artis / Selebriti
” Ingatkan siapa tadi, Ain rupanya. Cantiknya Ain bila makeup.. ” – Komen Netizen
Video Bonda Rozita Ibrahim bersama anak perempuannya, Nur Ain Sufiah curi perhatian warganet. Wah cantiknya Ain, nampak lain sangat. Ingatkan model baru untuk produk Bonda..
Meninjau di akaun Instagtam milik usawahan kosmetik terkenal Bonda Rozita Ibrahim, telah dikongsikan video terbaru Bonda bersama anak perempuannya, Nur Ain Sufiah. Menerusi video itu, kelihatan Ain datang ke rumah Bonda untuk menziarahi ibunya.
Kedengaran Bonda ada menasihati Ain untuk lebih menjaga kesihatan diri kerana Ain mempunyai sinus dan alahan kepada kucing. Namun, perkongsian Bonda mengenai Ain itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji kecantikan Ain sekarang.
Komen warganet, mereka hampir tidak mengenali Ain pada awalnya gara-gara melihat wajah Ain nampak agak berbeza berbanding sebelum ini. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan kecantikan Ain itu diwarisi daripada kecantikan Bonda.

Sehingga kini, video Bonda bersama anaknya, Ain itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai manis sungguh wajah Ain, penampilannya yang sudah pandai bersolek menampakkan Ain sekarang lebih matang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya memuji kecantikan Ain. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingatkan siapa tadi, Ain rupanya. Cantiknya Ain bila makeup.. Bila tengok video ni, baru sedar Ain rupanya dah besar lah.. “
” Ain ke tu, lain betul lah dia.. Cantik.. Ingatkan tadi siapalah.. Suka tengok muka Ain, manis sangat lagi2 bila dia senyum.. “
” Semakin cantik Ain.. Dah macam Ajah plk muka Ain sekarang.. Untung ank perempun bonda semua mnurun pp bonda, cantikkk.. “
” Anak-anak dara Bonda semuanya cantik.. Lelaki pun handsome.. Memang baka cantik ni.. Tak lama lagi, Bonda bakal dapat menantu lelaki lagi lah.. Ain dah anak dara dah sekarang.. “
” Cantiknye ain gebu gebas. Mahal hantaran ni.. Dah lah cantik, nampak lembut manis je caranya.. Berkenan pula tengok Ain ni.. “
” Tapi Ain memang cantik.. Wajah nya lembut.. Mata dia cantik.. Unik tengok.. Kak yati, Ain, Amani. Ajah cantik betul.. Seri muka manis.. “
” Cantik dah Ain sekarang ni.. Berseri-seri muka dia.. Ingat lagi dia masa kecil-kecil, pendiam je, malu2.. Hehehe sekarang dah besar.. “
Patut lah ramai yang memuji, tidak dinafikan Ain ini memiliki wajah yang manis dipandang. Sekadar info, Ain ini merupakan anak sulung Bonda bersama bekas suaminya yang dikenali dengan panggilan Abang Haji. Selain Ain, dia juga mempunyai seorang adik bernama Maryam Nur Imani.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bondarozitaibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

