Artis / Selebriti
” Akhirnya, terima kasih KRU bawakan Feminin untuk kami melepaskan rindu.. ” – Komen Netizen
Video kemunculan kumpulan Feminin di Konsert GENKRU hari ke 4 buat ramai teruja. Wah bersorak semua masa Feminin muncul. Suara Feminin tetap maintain macam dulu, mengimbau sangat lagu Untukmu..
Sebagaimana yang KRU janjikan, konsert GENKRU hari ke 4 semalam satu kemunculan khas telah pun diberikan. KRU membawakan kumpulan wanita yang popular satu ketika dahulu yang bernaung di bawah KRU iaitu kumpulan Feminin. Ianya sememangnya dinanti-nantikan oleh semua peminat Feminin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era dan Tiktok Ratu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan video persembahan Feminin semalam. Lagu popular mereka berjudul ‘ Untukmu ‘ didendangkan khas untuk semua penonton yang hadir di Axiata Arena Bukit Jalil.
Sorakan dan tepukan diberikan oleh semua penonton ketika Feminin tampil ke pentas utama. Sekian lama Feminin menghilang dan membawa haluan masing-masing, kali ini KRU berjaya menyatukan kembali Feminin. Semalam hanya 3 anggota yang dapat hadir iaitu Watie, As dan Along.

Penonton begitu teruja dan bersemangat menyanyi bersama-sama Feminin. Lagu kenangan yang menggamit memori zaman remaja kebanyakan penonton. Suara Feminin masih sedap, sama seperti dahulu. Berbeza penampilan, namun aura mereka tetap dirasai.
Jom tonton video di bawah :
@ratu05486 Day 4 genKRU impak maksima #feminin #genkru #genKRUDay1 #genKRUDay2 #genKRUDay3 #genKRUDay4 #kru #genkru2025 #iconentertainment #normanyusryedry #konsertgenkru #konsertkru2025 #KonsertKRU #concertKRU #axiataarenabukitjalil #axiataarena
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Memory wei… Darjah 6 mood nak upsr masa nie.. Manis kenangan masa nie.. pandai KRU pujuk as , susah feminin nk perform kat mana-mana.. “
” Yeahhhhhh.. Teringat masa zaman sekolah dulu… missing old days.. Sing along..mengimbau.Semua dah jadi mak² orang skrg. Selamat hari Ibu feminin.. “
” Watie, Asfarina, Along. Yang takde Yati dan Deqnor. Rindu ya vibes dulu2 siap potong rambut ikot Style diorg weii.. “
” Wow padu mengamit memori.. Salute dgn feminin, walaupun satu masa dulu, mereka dah lebih dulu hebat menari di pentas kalah korean punya group … tapi bila dah berumur bersahaja saja… tapi yg penting aura mereka hadir tu yg mahal… tq KRU bawa feminin … feminin ni mmg legend.. “
” Akhirnya, ada juga feminin.. maseh kekal cantik, rindu zaman ni, semua best2 belaka. Thank you kru.bros imbau kenangan kami zaman dulu2… cantik feminin style, beza dulu n kini.. “
” Mmg KINI HANYA LAH TINGGAL KENANGAN sungguh laaaa.. Sgt Gemilang Masa itu kumpulan FEMININ niii.. menggamit kenangan sungguh ni.. tq kru, terharu dapat tengok feminin.. “
” Akhirnya, terima kasih kru bawakkan feminin untuk kami melepaskan rindu.. legend ni, zaman sekolah rendah mmg lagu ni kegilaan.. “
Seronok dan gembira semua peminat Feminin dapat melihat semula Feminin di atas pentas. Suara dan wajah yang dirindukan oleh semua peminat. Semoga semua anggota Feminin ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Ratu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

