Artis / Selebriti
” Ina seorang yang sangat baik dan tak judgemental. She has pure heart.. ” – Komen Netizen
Video Ina Naim memakaikan Oddah tudung raih pujian ramai. Baik sungguh layanan Ina terhadap Oddah, dah macam anak sendiri. Part Ina berjalan berpimpin tangan bersama Hadie dan Oddah tu sweet sangat. Calon ibu mertua terbaik ni..
Ina Naim dan anaknya, Hadie Elfardie semakin mengorak langkah dalam industri seni. Ina sebagai pengurus Hadie mengatur yang sebaiknya untuk karier Hadie. Rezeki untuk Hadie apabila Sufian Suhaimi mengambil Hadie dan Ina sebagai duta untuk bantal Babypian.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Updatesuperstar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ina sedang menyiapkan Oddah. Untuk info, Oddah akan muncul bersama Hadie dalam live Babypian pada 20 Disember iaitu pada hari Sabtu ini.
Menerusi video ini, Ina memakaikan Oddah tudung untuk shooting iklan mereka. Cara Ina melayani Oddah dan rasa kasihnya terhadap Oddah membuatkan warganet tersentuh. Ina sememangnya seorang ibu dan wanita yang baik serta penuh dengan kasih sayang terhadap orang-orang di sekelilingnya.

Kemesraan Ina bersama Oddah juga seperti ibu dan anak. Sebagaimana Ina melayani anak-anak perempuannya, begitu juga lah yang Ina lakukan apabila bersama Oddah. Warganet juga memuji penampilan Oddah yang cantik dan manis apabila bertudung.
Jom tonton video di bawah :
@babypianhq Fuhh lain macam kalini 🔥 pandai betul ibu ina pakaikan tudung dekat someone 😍
♬ original sound – Harith_with_Piano – Harith Mazlun | Wedding Piano
@babypianhq Replying to @Widelia20 walaupun dah habis TTM, ibu ina still the best manager 😍🥹
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Odah ni mak dia risau lebih ckt lebih dkt dia.. dalam risau tu itulah doa ibu.. insyaAllah odah akan jumpa yg elok2.. Hati rasa sebak pulak tengok vedio ni.. “
” Tak tahu kenapa.. Hati mula berdetik”Baiknya awak ina..terpancar di wajahmu keikhlsan kasih sayang seorang ibu untul anak-anak.Biarpun Odah itu bukan lahir dari rahimmu.. Mudah2an Allah pelihara ukhwah yang penuh rahsiaNya ini.Aamin2 Ya Rabbal Alamin.. “
” Ina seorang yg sgt baik dan tak judgmental.. she has pure heart.. Sesetengah orng suka judge anak orang… dia amik pendekatan… rapat dgn anak2, bagi selesa… ajak kpd kebaikan…. semoga saya pun jadi ibu yg bijak kpd anak2.. “
” Ikhlas seorang ibu moga Allah merapatkan lg hubungan antara mereka moga asbab ini akan berakhir dgn keindahan.. sejuk perut kak shieraijoy tngok video ni, n odah pun mesti happy n terharu sgt, kita pulak yg sedih nengok nye.. “
” Ini baru betul yang membawa kepada kebaikan. Ina memang sayang Odda, Ammar .. dia layan sama dengan layan hadie.. sayang macam anak sendiri.. “
” Ina anggap Oddah macam anak dia.. ikhlasnya hati kak ina… Ya Allah sampai mengalir air mata sebak.. Oddah dalam circle yang betul.. cantik sangat bila Oddah bertudung macam ni.. “
” Pertemuan mereka aturan oleh Allah kan… bagus kak ina, buat oddah mcm ank sendiri.. sumpah lawa Oddah pakai tudung lagi.. Semoga asbab oddah rapat dgn family ina . Oddah pun terikut kebaikan kluarga ina.. “
Terharu warganet melihat hubungan Ina dan Oddah itu. Mungkin suatu hari nanti Oddah juga akan berhijrah menjadi insan yang lebih baik dan muslimah. Apa-apa pun, semoga segala yang terbaik untuk Oddah, Hadie dan Ina dan didoakan berjaya dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Babypian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

