Artis / Selebriti
” Hmmm, dia nampak daddy dia, terus ngadu eh.. ” – Intan Najuwa
Video terbaru anak Datin Intan Najuwa, Imane Lunara yang sudah pandai diajak berbual buat ramai yang geram. Alahai, riuhnya mulut Lunara. Mengadu apa kat daddy tu Lunara, sampai macam tu sekali dongak kepala. Muka copy paste mummy dia sangat..
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak Datin Intan najuwa iaitu Imane Lunara yang sudah pandai diajak berbual telah meraih perhatian ramai. Video ini telah dimuatnaik oleh Intan di Instastory miliknya.
Ketika video tersebut dirakamkan, Lunara sedang berbual bersama bapanya sambil kepalanya mendongak ingin melihat wajah bapanya. Mulut Lunara tidak berhenti bercakap seperti sedang meluahkan sesuatu. Comel betul suara Lunara.
Sekadar info, Lunara dilahirkan pada bulan Disember tahun lalu dan kini usia Lunara sudah dua bulan. Kelahiran Lunara telah menjadi penyeri kehidupan Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman yang merupakan seorang usahawan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Ramai menyatakan wajah Lunara kini begitu seiras dengan wajah ibunya. Ketika baru lahir sebelum ini, ramai yang mengatakan wajah Lunara lebih mirip kepada ayahnya.
Jom tonton video di bawah :
@puternazsx2 #intannajuwa #imanelunara #fyp #foryoupage #viralvideo #artismalaysia
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat wajah comel Lunara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Eee mcm muka intan najwa laaa knpe comel sgt ni dik .. ehh kan baru bersalin. kenapa cepat besar ni .. lahir lahir je kening on point.. “
” Comel……nya muka nya intan najuwa 100 percent.. dah muka mak lah dia.. ni betul2 muka ibu dia… Comel dahlah gemoi sedap peluk .. “
” Comeyyyyy copy paste mama.. dia tahu tak dia nie lahir2 anak org kaya.. haritu muka ayah sekarang ikut mak dah.. sepesen mak.. “
” Geram nya tgk pipi tu tak blh tgk baby pipi pau mesti geram betul.. kuat cinta mama kat ayah lunara.. Ala geramnya dia.. “
” Comel muka mak,semoga menjadi ank gadis yg solehah..dan dilindungi allah selalu.. Dh mkn besar mcm muka maknya la pulak.. “
” Like Mother (Intan Najuwa) Like Daughter (Imane Lunara) Moga anak kecil ini menjadi anak yang Solehah kpd kedua ibu bapanya, Membesar dgn Sihat, Bijak, pandai dan Cemerlang.. “
” Tq Lunara . comel sgt semoga sihat walafiat … anak solehah.. ok… dh besar sikit… seketul mummy nye…. masa lahir seletul ayah nye…. “
Alahai, geramnya melihat gelagat Lunara. Bayi seusia Lunara sememangnya gemar untuk diajak berbual. Perkara sebeginilah yang membuatkan ibubapa berasa tenang apabila melihat gelagat comel si anak. Semoga Imane Lunara membesar dengan sihat dan ceria. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Intann Najuwaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak dengan bapa sedap suara mantap. Suara Thalita macam suara arwah ibunya.. ” – Komen Netizen

