Artis / Selebriti
” First time takut tengok baby. Ni nak gomol pun takut kak, haha.. ” – Komen Netizen

Video suami Ain Edruce, Amirul Hafiz berbungkus menjadi baby besar buat ramai terhibur. Ish Mirul ni, terkejut tau tengok. Lain macam betul baby ni, redha je muka Mirul tu. Ain pun tak boleh tahan gelak, haha..
Pasangan Ain Edruce dan Amirul Hafiz seringkali meraih perhatian warganet. Setiap kali Ain memuatnaik video mereka berdua, pastinya posting itu akan mendapat jumlah likes yang tinggi daripada warganet. Ain dikenali dengan perangai happy go lucky, manakala Amirul pula sering nampak seperti blur dan menurut sahaja arahan Ain.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ain Edruce, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ain membuat satu video parodi. Dengan kapsyen tertulis ‘ muka anak laki aku gais. Haha cubaan membuat Amirul jadi baby ‘, ianya mengundang ketawa warganet.
Kepala Amirul ditutup dengan kain berwarna putih dan di atas riba Ain pula diletakkan kain seakan-akan badan bayi yang sudah dibedung. Ia membuatkannya kelihatan seperti Ain sedang meriba baby yang berwajah Amirul. Terbahak semua ketawa melihat gelagat Amirul dan Ain itu.
Amirul juga turut sama menyanyi mengikut lirik lagu yang digunakan oleh Ain. Telatah sporting Amirul itu mendapat pujian ramai. Lain sungguh perangai Amirul apabila bersama Ain berbanding sikap sebenarnya ketika bersama rakan sekerja.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ain.edruce Muka anak laki aku gaiss.!HAHAHAHAHAH Cubaaan membuat amirul jadi baby
Lebih 90 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” First time takut tengok baby haha.. ni nak gomol pun takut kak.. yang ni lahir lahir terus ada account KWSP ke kak haha.. “
” Sis Ain, nanti buat cukur jambul jangan lupa cukur misai anak tu sekali yer haha.. Lambat sangat due datenya ni sampai bermisai baby haha.. “
” Ni 9 bulan ke 9 tahun dalam perut Ain. adui aku tak boleh lah dengan Mirul ni.. Aku salut la laki ain ni, ngikut je bini dia buat ngarut ngarut.. “
” Haha macam mana la laki dia boleh tahan gelak ni.. Ya Allah Ain, berdosanya aku arini haha.. mirul lain betul perangai bila dengan Ain.. “
” Memang ikut muka bapa dia haha.. lahir lahir dah penuh gigi. adui sakit perut aku gelak weh.. terhibur.. “
” Kalini firsttime rasa taknak puji baby comel.. penat la cengini. mengekek aku ketawa tengok muka redha mirul tu.. “
” Apa hal jadi seram pulak ni.. tak sangka ada jumpscare haha.. kena buat majlis cukup jambang terus ni.. “
Sungguh mencuit hati telatah Ain dan Amirul, jarang dapat tengok ‘baby’ seperti ini. Bagus Amirul mengikut sahaja permintaan gila-gila Ain. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan semata-mata dan semoga semua pembaca juga terhibur dengan perkongsian ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ain Edruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen