Connect with us

Artis / Selebriti

” Hari ini perasaannya cukup berdebar-debar.. ” – Shuib Sepahtu

Video Interview Dan Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah. Wah Serba Kuning Bakal Pengantin Baru Ni. Keluarga Arw4h Siti Sarah Pun Ada Sama. Untung Shuib Ada Family Macam Ni, Tahniah Shuib !!

Sebagaimana yang pernah dimaklumkan oleh Shuib Sepahtu sebelum ini, perancangannya untuk mendirikan rumahtangga bersama Watie Hanifiah adalah pada bulan Jun tahun ini. Ianya antara majlis yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat Shuib.

Menerusi akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan secara eksklusif gambar-gambar sekitar majlis pertunangan Shuib dan Watie. Majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan ianya berlangsung dengan jayanya.

Watie dan Shuib sedondon mengenakan busana berwarna kuning. Majlis menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Shuib sendiri. Tidak hanya ibu Shuib, bapa dan ibu tir1 arw4h Siti Sarah, Raissuddin Hamzah dan Makder juga turut sama dalam majlis istimewa Shuib ini.

Tidak hanya kegembiraan pada wajah Shuib dan Watie, malah anak-anak Shuib juga kelihatan manja dan selesa dengan bakal ibu tiri mereka ini. Turut sama dikongsikan video interview bersama Shuib dan Watie sejurus selepas selesai majlis pertunangan ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Pelbagai respon diberikan oleh warganet setelah membaca perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tahniah Shuib.. Semoga berbahagia dengan bakal isteri yang baru… kekal jodoh hingga ke jannah.. “

” Tahniah Watie dan Shuib.. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk ke jinjang pelamin dan fasa alam rumahtangga.. “

” Tahniah Watie dan Shuib … semoga berbahagia hinngga ke jannah Allah.. Hidup kena diteruskan walau apa jua yang terjadi.. “

” Belah kiri tu semua adik beradik arw4h.. ayah arw4h,abg arw4h n adik arw4h.. uwais color merah join jd anak abg arw4h.. “

” Biji merah tu famili abg arw4h… moga bahagia shuib n watie. Ada juga kwn2 yg berthn2 tak kawen lps kemat1an wife.. yg ni awal jodoh nye.. “

” Abah kak Sarah boleh je terima.. alhamdulillah semoga bahagia hingga ke akhir hayat tahniah.. “

” Alhamdulillah semoga segala-galanya berjalan dengan lancar.. Tahniah IbTi. Semoga berkekalan. Shuib dua kali doh nk kahwin. Aku sekali pun tk thu mana lagi hehe.. “

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Hanya selangkah sahaja lagi untuk Shuib dan Watie ke fasa alam rumahtangga. Semoga semuanya dipermudahkan dan tahniah daripada kami di Berita Kopak atas pertunangan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Shuib Sepahtu, IG Suciuwais

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT