Artis / Selebriti
” Happy g1la muka dapat makan sedap.. ” – Netizen
Elfira Loy Kongsi Video Resepi Sarapan Pagi Anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf. Gelagat Comel Rayyan Raih Perhatian Peminat. Amboi Sedap Sangat Ke Mummy Masak, Sampai Berjoget-Joget Rayyan !!
Muhamad Rayyan Khalaf merupakan anak sulung kepada pasangan pelakon Elfira Loy dan suaminya, Muhamad Faris. Rayyan kini sudah berusia 1 tahun lebih dan semestinya teruja untuk meneroka keadaan sekeliling dan juga merasa pelbagai jenis makanan yang disediakan ibunya.
Hasil tinjauan di akaun Instagram Elfira, telah dikongsikan satu video beserta resepi Elfira memasak menu sarapan pagi buat buah hatinya, Rayyan. Diruangan kapsyen Elfira memaklumkan menu pasta dipilih kerana lebih mudah untuk dimasak dan disediakan.
Dalam video tersebut, Elfira menunjukkan setiap cara penyediaan pasta tersebut. Apa yang melucukan adalah ketika butter yang dipegang terpelanting sewaktu Elfira ingin memasukkan ke dalam kuali. Sempat lagi Elfira melatah pada waktu itu.

Sesudah pasta dimasak dan tibalah masanya untuk memberi Rayyan makan. Rata-rata peminat seronok dan ger4m melihat gelagat comel Rayyan yang gembira sewaktu merasa makanan tersebut. Betul-betul sedap ibunya masak sehingga terjoget-joget Rayyan.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
Perkongsian video oleh Elfira meraih perhatian warganet. Rata-rata seronok melihat Rayyan yang tidak memilih makanan. Antara komen-komen mereka adalah :
” Amboii suka dia smpai joget2 ehh ger4m la.. ” – Ramona Zamzam
” Comelnyaaa, Siap menari, Butter terpelanting ke tu, happy g1ler muka dpt makan sedap, Sukanyaaa Rayyan, Ya Allah bahagia nya dia.. “
” Cuteness overl0ad baby rayyan, Ya Allah handsome nyaa diaa, So cutee suka dia mommynya masak, Happy-nya Rayyan makan Pasta… Mom always knows what’s the best for her son.. “
” Makin besar semakin muka mommy, Sampai berjoget dia, Haaa terpelanting butter, Alololo sukanye die, Pandainya makann.. “
” Buat lebih sikit nanti boleh makan saing dengan Rayyan.. sedap la menu camni, Enjoy je dia makan.. Alhamdulillah, Amboiii kemainnn handsome boy ni.. “
” Hensem nya rayyan, Yeayy rayyan happy, Yummy… sedapnya menu rayyan, Alolo.. Comelnya, sedap mummy masak tuu, Aaaa good boy nya rayyan. Jadi anak soleh okeey.. “
” Ya Allah, seronokkan anak makan ape yg Kita masak tanpa bantahan. Alhamdulillah, Omeiii laaa smpai joget haa sedap, Makin besar makin comel.. “
” Ishhhh melepak lepak sangat rayyan ni.. morningg sukanya rayyan, comel, Halaihh handsome nya Rayyan. Sampai berjoget makan.. “
Sebagai ibu semestinya Elfira mengharapkan perkara yang baik sahaja buat buah hatinya. Bertuah Elfira mempunyai anak yang mudah diuruskan. Didoakan semoga Rayyan membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh buat ibu dan bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elfiraloy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

