Connect with us

Artis / Selebriti

“ Happy birthday Kak Zarina, cun melecun lagi weh.. ” – Netizen

Zarina Zainuddin Kongsi Gambar Sekitar Majlis Ulangtahun Kelahiran. Wah Part Umur Tu Tak Sangka Lah, Nampak Awet Muda Sangat !!

Zarina Zainuddin merupakan selebriti Malaysia yang sememangnya sangat dikenali menerusi bakat lakonannya dari era 90 an hingga kini. Telah memainkan pelbagai watak dalam lakonan membuatkan bakatnya sentiasa diminati oleh penonton. Zarina juga merupakan seorang ibu yang sangat dikagumi kerana ketabahan dalam membesarkan anak-anaknya terutama Azal dan Azil.

Meninjau di ruangan Instagram Zarina, beberapa paparan gambar telah dikongsikan sempena ulangtahun kelahirannya yang kini mencapai 50 tahun. Mengenakan pakaian warna merah menaikkan lagi seri Zarina. Senyumannya juga kelihatan sangat manis dan wajahnya masih nampak muda seperti tidak dimamah usia.

Bukan itu sahaja, Zarina juga telah mengadakan majlis ulangtahun kelahirannya dengan mengenakan kurung pas4k berwarna biru. Pastinya semua mengetahui Zarina sangat pandai memasak. Zarina memilih untuk memasak sendiri menu-menu di majlis ulang tahun kelahirannya dengan masakan kampung.

Alahai bagus sangat Zarina ini. Simple sahaja orangnya, menjamu tetamu di sekitar majlis ulangtahunnya dengan air tangan masakanya sendiri. Pastinya menu-menu yang disediakan sangat sedap. Betul-betul memanfaatkan bakat dan kemahiran memasaknya. Bukan itu sahaja, gaya posing pun kelihatan cute.

Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Lagi perkongsian Zarina ketika di majlis sambutan hari lahir :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Zarina telah meraih banyak tanda suka. Ramai antara mereka memuji wajah Zarina yang kelihatan masih muda walaupun sudah mencecah usia 50 tahun. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Happy birthday kak zarina.. Happy besday kak zarina… tp awat awet muda sgt tak mcam 50 pon.. cun melecun lagi weh.. Happy birthday sistur.. met ultah kak ina syg. bahagia dunia akhirat.. “

“ Happy birthday ibu zarina.. 50 dh tak nmpak cam 50 pun.. Happy birthday ina.. Sy ada kwn dah jadi nenek pun mcm nampak 30thn.. Happiest birthday kak ina.. “

“ Happy birthday kak ina.. semoga di murah kn rezeki n di beri kn kesihatan yg baik Aaminn.. Happy besday kak ina.. moga diberkati dan semakin disayangi Allah.. “

“ Masyaallah 50 tahun saya kira 40.. Happy birthday sis.. rmai rpenye geng sye ye.. 50 and beautiful.. tahniah ina.. Happy birthday akk. May Allah bless you.. “

“Alhamdulillah.. Happy birthday zarina.. Semoga diberi kesihatan yg baik.. Happy Belated Birthdayy kak ina .. u are my idol.. u are strong mommy.. Semoga Allah bersama² dgn RahmahNya buat kak ina sekeluarga..  jga dri.. muahh.. “

“ Happy Birthday Pn Zarina.. Semoga Allah sentiasa beri rahmatNya buat puan sekeluarga dan dipermudahkan urusan didunia dan akhirat.. Kita sekelab ni puan.. “

“ Semoga saya nanti kekal awet muda mcm akak walaupun dah 50.. Happy bday my kakak sayang.. Happy birthday Zarina.. Semoga di rahmati Allah swt sihat walafiat di murahkan rezeki di permudahkan segala urusan berjaya dunia akhirat sentiasa ceria dan bahagia bersama family tercinta.. “

Bahagianya melihat kehidupan Zarina. Sentiasa positif dan tabah dalam mengharungi kehidupan membuatkan Zarina sangat disenangi dan disayangi ramai. Apa-apa pun kami di Berita Kopak ingin mengucapkan “ Selamat Hari Lahir” dan semoga bahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber: IG zarinazainuddin_                                        

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT