Connect with us

Artis / Selebriti

” Happy birthday Anas. Cantiknya isteri-isteri Ashraf Muslim.. ” – Netizen

Ashraf Muslim Kongsi Gambar Sambutan Hari Jadi Anak Lelakinya, Anas Ashraf Yang Kelima. Wajah Isteri-Isteri Ashraf, Dayana Lokman Dan Wan Sakinah Raih Tumpuan. Manis Berseri Keduanya !!

Anas Ashraf merupakan anak lelaki kepada pelakon Ashraf Muslim bersama dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman. Pada 10 Disember 2020, Anas genap usianya lima tahun. Sempena hari jadinya itu, Ashraf telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk Anas.

Menerusi akaun Instagram milik Ashraf, Ashraf telah memuatnaik beberapa keping gambar sambutan hari lahir Anas yang kelima tahun. Tema sambutan hari jadi tersebut adalah tranformers dan disambut bersama dengan ahli keluarga terdekat.

Acara sambutan hari jadi itu turut dihadiri oleh isteri kedua Ashraf, Sakinah bersama-sama dengan tiga orang anaknya iaitu Sarah, Adam dan Saffiyah. Terserlah kemesraan antara dua isterinya iaitu Dayana dan Sakinah yang nampak begitu akraf dan mesra antara satu sama lain.

Walaupun majlis hari jadi tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan dibuat secara kecil-kecilan namun ia tetap kelihatan meriah. Ashraf, kedua isterinya dan anak-anak dilihat mengenakan pakaian sedondon mengikut tema sambutan hari jadi tersebut.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata peminat mengucapkan selamat hari lahir kepada Anas serta turut mendoakan kesejahteraan Anas. Ada jua peminat yang memuji isteri-isteri Ashraf. Antara komen-komen peminat :

” Happy Birthday Anas.. Semoga kekal ceria selalu.. Happy birthday anas.. so handsome anas.. Sannah helwah anas.. “

” Happy birthday omel anas.. semoga panjang umur jadi anak yang baik kepada kedua orang tua anas.. Iras muka mamanya.. happybirthday.. “

” Sanah helwah Anas.. moga Allah kurniakan kejayaan di dunia dan akhirat Inn Shaa Allah.. alhamdulilah selamat hari lahir anas, semoga jadi anak yg soleh.. “

” Lawa laa tudung ibu terbentuk elok.. Ibu ke mama erk.. Maafkn sy abg Am klau sal4h cuma nk ckp lawa sgt tudungnya.. “

” Happy birthday anas.. Smoga jd ank yg baik utk ayah ibu.. Ensem.. 1 muka ibu 1 muka mama, sanah helwah anas.. “

” Cantiknye isteri2 AM.. both ibu mama manis berseri.. Makin santekk yg kakak first tu.. Makin kurus.. Moga sampai ke jannah.. “

” Happy birthday Anas. Muka ibu n mama nak dekat sama dah.. Moga Allah rahmati keluarga kalian.. muka anas sebiji muka ibu tau.. “

Terserlah kebahagiaan pada keluarga besar Ashraf ini. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir yang kelima kepada Anas. Semoga Anas menjadi anak yang soleh, kekal bahagia dan terus dilimpahi dengan kasih sayang sehingga akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ashraf Muslim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT