Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah kek comel, ayat pesanan atas kek tu lagi comel. Hehe.. ” – Netizen

Video Kej0tan Sempena Hari Lahir Ashraf Muslim Daripada Isteri-Isteri Dan Anak-Anaknya. Wah Sampai Berangkut Masuk Hutan Ni. Ayat Atas Kek Tu Win Betul !!

Menerusi akaun Instagram Ashraf Muslim, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video terkini Ashraf bersama isteri-isterinya, Noor Dayana dan Wan Sakinah berserta anak-anak mereka. Tulis Ashraf di permulaan kapsyennya ucapan happy birthday kepada dirinya.

Cerita Ashraf, semalam mereka sekeluarga pergi berkelah dan sangka Ashraf, Dayana dan Sakinah hendak membawa anak-anak manda mandi sahaja. Namun rupanya Dayana dan Sakinah telahpun merancang untuk menyambut birthday Ashraf di sana.

Gigih jugalah Ashraf mengangkut semua barang-barang menaiki tangga untuk sampai ke air terjun lokasi perkelahan mereka. Ashraf turut mengucapkan ucapan terima kasih buat Dayana dan Sakinah kerana meraikan hari istimewanya ini.

Dapat dilihat pada posting di Instagram Ashraflegacy juga ucapan khas buat Ashraf. Wah ada pesanan penaja ye daripada mama dan ibu atas kek itu. Ayah jangan lupa pesanan tu tau, hehe. Peminat juga tumpang gembira melihat kebahagiaan Ashraf bersama anak-anak dan isteri-isterinya ini.

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada peminat. Ucapan selamat hari lahir juga diberikan untuk Ashraf dan antara komen-komen peminat :

” Happy birthday ashrafmuslim good health, good life and good money. May Allah bless you aamiin ya Allah aamiin.. “

” Mesti ibu punya keje angkut sume sampai ke sini haha. Sanah Helwah Ashraf Muslim, bahagia bersama keluarga tercinta.. “

” Sanah Helwah ashrafmuslim. Semoga kehidupan diberkati Allah bersama keluarga hingga jannah.. “

” Tetaplah berlakon jadi muda walaupun dah tua, hahaha gurau2! happy birthday. Macam tak caya dah umur 41, muda lagi nampak muka tu.. “

” Sanah Helwah Am semoga dipanjangkan usia dan berbahagia di samping keluarga. part ayat ‘jaga hati’ tu deep.. banyak maksud tu hehe.. “

” Suka tengok family nie. bahagianya suka tengok. Semoga sampai syurga beautiful family.. “

” Happy birthday abang Ashraf, 41 yeke tu nampak muda belia lagi hehe. Wah kek comel, pesanan atas kek tu lagi comel heheh.. pesanan penaja ye bang. Semoga kekal sampai syurga semua.. “

Seronok anak-anak sambil berkelah boleh menyambut hari lahir ayah bersama-sama. Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Ashraf dan semoga dikurniakan Allah kebahagiaan dan rezeki yang mencurah-curah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ashraf Muslim, IG Ashraflegacy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT