Connect with us

Artis / Selebriti

” Happy birthday anak teruna Normala Samsudin.. ” – Zakiah Anas

Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Video Anaknya, Mohammad Asyraf Sempena Ulangtahun Kelahiran Asyraf. Dah Besar Panjang Anak Teruna Normala, Manis Macam Ibunya !!

Aura Puan Sri Normala Samsudin tetap berbisa walaupun pernah menyepi seketika dari bidang hiburan. Penampilan terbarunya adalah sebagai juri rancangan Ratu Hijabista 2020 baru-baru ini bergandingan bersama pelakon Uyaina Arshad.

Normala pada usianya yang sudah pun 56 tahun masih tetap rupawan dan awet muda. Baru-baru ini anaknya Dr Ruhila baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya. Untuk makluman, Normala mempunyai 2 orang lagi anak yang bernama Asyraf dan Rubilla.

Meninjau akaun Instagram Normala, telah dikongsikan video yang menunjukkan gambar anaknya Asyraf sempena ulangtahun kelahiran anak terunanya itu. Bingkisan Normala di kapsyennya itu menulis Asyraf selamanya menjadi ‘ bushuk masyam’ nya walaupun sudah dewasa.

Beliau juga turut bercerita mengenai Asyraf yang tidak banyak bercakap, suka aktiviti basikal lasak dan bermain gitar, dan di dalam video itu turut sama diselitkan persembahan Asyraf bermain gitar. Gambar ketika Asyraf masih kecil bersama Ruhila juga turut sama kelihatan di dalam postingan tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Diam tak diam cepat sungguh masa berlalu dan anak-anak Normala semuanya sudah besar. Rakan selebriti dan peminat turut tidak ketinggalan mengucapkan ucapan selamat ulangtahun buat putera Normala itu. Antara komen-komen mereka :

” Happy birthday ensem boy May Allah bless u.. ” – Zarina Zainuddin

” Happy birthday anak teruna Normala Samsudin.. ” – Zakiah Anas

” Happy birthday Ashraf… Still remember masa mengandung dia DS menang TV3… Rezeki anak bertuah… Semoga terus dimurahkan rezeki… Aamiin.. “

” Alhamdulillah Happy birthday to your son Pn Sri … semoga terus menjadi anak yg solleh dn baik.. “

” Happy birthday to your son sis. Happiest & blessed bornday to your only son. Smoga diberkati, dirahmati, disayangi, menjadi anak yg soleh dan ditetapkan iman di dunia dan akhir4t. Aamiin.. “

” Happy Birthday to your son CP. May Allah swt blessed you and your family,especially you lovely birthday boy with the very best blessings Inshaallah amin amin amin.. “

Pasti ramai yang tidak menyangka telah dewasa anak Normala ini. Tak terasa masa berlalu begitu pantas. Rupa wajahnya juga tidak banyak berubah ketika zaman kanak-kanak dengan sekarang. Apa pun, kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Asyraf dan semoga segala impian dan cita-cita Asyraf dipermudahkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Normala Samsudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT