Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuh yang tang ‘hujan’ tu memang genius, sedap didengar.. ” – Netizen

Video Persembahan Amir Di Minggu Ke 4 The Chosen One Menyanyi Lagu Taman Rashidah Utama. Dalam Rock Ada Lenggok Nasyid, Padu Lah Amir. Lawak Part Amir Cakap Tak Kenal Wings Dan Erra Fazira, Haha !!

Semalam telah bersiaran program realiti The Chosen One peringkat suku akhir. Dengan tema Batu & Guling, semua peserta menyempurnakan tugasan masing-masing dengan cukup baik. Antara yang menjadi sebutan adalah persembahan Amir.

Lagu dendangan asal Dato’ Awie dan Wings, Taman Rashidah Utama menjadi taruhan dan kekuatan vokal Amir diuji menerusi lagu ini. Meninjau akaun Tiktok Astro Ceria dan Missmarjiena, telah dikongsikan video penuh ketika Amir menyanyi lagu tersebut.

Lenggok nasyid dalam lagu rock, itu keunikan pada adik Amir ini. Kata adik Amir, dia perlu belajar banyak lagi dengan Abang Putera untuk menyanyi lagu rock. Keseluruhan persembahan Amir memikat hati juri dan kata Dato’ Awie ada kemajuan pada suara Amir. Amir boleh menyanyi lagu tinggi, part tarik pun macam Amy kata Alif Satar.

Sememangnya peminat Amir ternanti-nantikan persembahan Amir itu dan Amir tidak mengecewakan. Rock mix dengan nasyid pun tetap mantap suaranya. Apa yang mencuit hati, Amir tidak tahu kumpulan Wings dan tidak kenal Erra Fazeera. Adui jujur betul Amir ni.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@astroceria

Yeahh!! Yeahh!! Amir bawa lagu Dato’ Awie kali ni 😎 Saksikan The Chosen One, setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Go. #TheChosenOne #AstroCeria #AstroBaharu @astroceria #EvolusiBintangBaharu #fyp #foryou #foryoupage #amirsisi #rock #joey #awie #tamanrashidahutama #amirthechosenone

♬ Assulamasukadia – Lagoe Rakjat

@missmarjiena

Kali ni 8.30 dh buka tv guys. 🀣🀣🀣#amirthechosenone #minggu4#tamanrashidahutama

♬ original sound – Missmarjiena 🌼 – Missmarjiena 🌼

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 48 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Akak pon org asli dik… bangga betol dgn awak … gud luck dik.. smoga kemenangan milik awak, jadi juara the chosen one.. ”

” Amir ni memang jujur budak nye…Awie tanya kenal Wings tak…dia selamba jawab tak kenal haha.. Dengan Erra pun kena haha.. ”

” Amir nyanyi lagu orang tetap ada diri Amir..tu yg best..ada originality. semoga berjaya dunia akhirat, Amir.. ”

” Adik amir tarik lagu nie sgt2 Mahal suara tak pec4h power adik amir. tetap juga meremang bulu roma pakcik dengar suara adik Amir.. semoga juara adik amir amin alhamdulillah.. ”

” Amir punya rock pun boleh jadi merdu sgt, hebat adik amir ni.. suara adik amir betulΒ² misteri. saya selalu dengar adik amir nyayi. ajaib betul suara adik amir. naik roma. saya harap adik amir teruskan perjuangan.. ”

” Lain dari yang lain, versi Amir. Good identity lagu rock versi nasyid pun sedap juga.. dia baru start “uu” aku dh meremang.. ”

” Fuh yang tang ” hujan” tu memang genius.. sedap didengar. suara adik amir ni, boleh terbuai-buai yang mendengarnya.. ”

Bawa lah lagu apa pun, Amir tetap ada identitinya tersendiri yang membuatkan semua tak berganjak dari kaca TV. Tahniah Amir kerana berjaya ke peringkat separuh akhir dan semoga Amir dapat melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir serta bergelar pemenang. Teruskan berusaha dan melakukan yang terbaik Amir.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Astro Ceria, Tiktok Missmarjiena

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT