Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuh rare kek ni, nak makan pun sayang.. ” – Netizen

Mira Filzah Kongsi Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Suami Tersayang, Wan Emir Astar. Sweetnya Ucapan Mira, Ikut Tema Kek Ni. Design Kek Pun Rare Sungguh !!

Hari ini genaplah usia suami kepada pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar yang ke 31. Pasangan ini yang mendirikan rumahtangga September tahun lalu antara pasangan yang sering meraih perhatian peminat.

Meninjau akaun Instagram Mira Filzah, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan Mira bersama Emir. Dengan ucapan istimewa sempena ulangtahun Emir, Mira berdoa agar Emir sentiasa di bawah lindungan Yang Esa.

Memandangkan Emir adalah peminat kelab bola sepak Liverpool FC, kek hari jadinya ini pun ditempah khas mengikut logo kelab ini. Meriah betul kek Emir, memang semangat kesukanan yang begitu menyerlah.

Dengan tema warna gold dan putih, Emir dan Mira memakai pakaian berwarna yang sama. Merpati dua sejoli ni memang selalu terlihat sedondon sahaja. Di Instagram Emir juga, ada dikongsikan ucapan terima kasihnya untuk seluruh keluarga dan isteri tersayang untuk doa yang baik-baik untuk dirinya.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini mendapat perhatian dan ucapan selamat hari lahir daripada peminat dan rakan artis yang lain. Antara komen-komen mereka :

” Aa sweetnya, happy birthday Emir. You will never walk alone tu tak tahan. Moga berbahagia sehingga ke syurga sweet couple.. “

” Alala sweet sangat Mira pun. Besar betuk kek tu, unik sangat eh. Ni Fanatik fan betul ni haha. Alhamdulillah, semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.. “

” Fuh ni cake rare dan baik punya, YNWA. Nak makan pun sayang kek tu, elok sangat. Happy birthday bos Wan Emir Astar.. “

” Aww sukanya kek Emir. Wish Mira pun ikut tema eh, sweet la korang ni. YNWA, may Allah bless dan bahagia sampai syurga. Aamin.. “

” Wow the cake so rare la. Lawa sangat kek nya. Baru tahu Emir Fans Liverpool haha. Happy birthday Wan Emir Astar.. “

” Wow, You Never Walk Alone fans la , happy birthday Emir. Have a blessed birthday with your love ones and happy always.. “

” Happy Birthday Emir. muka both of you dah serupa. orang tua tua cakap serasi. Berseri-seri muka emir dengan mira. haa dilarang sweet sweet ye Mira dengan Emir.. “

Wah peminat fanatik Liverpool FC sangat Emir ni. Sempat lagi selit wish happy birthday untuk kelab kesayangan tu. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran Emir dan semoga dikurniakan kebahagiaan dan dimakbulkan Allah segala impian dan cita-cita.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT