Artis / Selebriti
” Fluent Neelofa berbahasa Arab, dah macam naik flight Emirates pulak bunyinya.. ” – Komen Netizen
Video Neelofa memperkenalkan produk Abaya terbaru keluarannya dalam bahasa Arab buat ramai kagum. Wah sedap betul dengar sebutan bahasa Arab Lofa. Memang another level lah Lofa ni..
Neelofa yang juga pengasas Naelofar sering tampil dengan kelainan dalam penghasilan produk mereka. Sudah lama berada di pasaran, tudung Naelofar pernah mencetus fenomena dan sehingga kini masih lagi antara jenama tudung yang digemari oleh ramai muslimah.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Naelofar, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Neelofa memperkenalkan koleksi baru keluaran syarikatnya itu iaitu pakaian abaya sempena Ramadhan 2026 yang akan datang.
Neelofa dan teamnya mempamerkan satu kelainan dalam pemasaran mereka kali ini apabila iklan abaya ini dihasilkan dalam bahasa Arab. Neelofa sendiri menjadi memperkenalkan satu demi satu koleksi abaya ini menggunakan bahasa Arab.

Kelancaran Neelofa bertutur dalam bahasa Arab meraih pujian daripada warganet. Ramai mengatakan suara Neelofa itu seakan-akan suara pramugari di dalam penerbangan Arab Saudi. Satu demi satu perkataan disebut dengan cukup jelas. Neelofa memang next level dan upgrade dirinya menjadi lebih baik.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 9000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Brilliant lady brilliant collection.. Mumtaz, dah macam naik flight Emirates pulak bunyinya.. best Lofa cakap Arab macam ni.. “
” Fluent Neelofa berbahasa Arab. Nampak effort beliau menuntut ilmu.. another level Neelofa , memperkasakan bahasa arab, bahasa syurgaa.. “
” Love sangat kak lofa bertutur dalam bahasa arab.. macam tengah naik kapal Emirates n tengah tengok slide dorang.. “
” Dah macam imtihan istima’ dah, good job Lofa.. bestnya dapat cakap Arab.. rasa mcm dlm kelas arabic asasi uia dulu.. “
” Sedapnya sebutan huruf dia. tiba tba rasa macam tengah duduk dalam Saudi Airlines.. so fluent Lofa, masha Allah.. “
” Bestnya Lofa dah pandai cakap Arab.. Best dengar Neelofa cakap arab, impian.. rasa macam tengah dengar listening test.. “
” Maigod never expect this from you Kak Lofa.. Selalunya suara2 mcm ni dlm flight ke middle east.. sebutan jelas dan tepat.. “
Siapa sahaja yang tidak terpegun mendengar Neelofa bertutur dalam bahasa Arab seperti ini. Sebutannya sangat baik dan sedap didengar. Nampaknya usaha Neelofa mendalami dan mempelajari bahasa Arab membuahkan hasil. Semoga terus success dunia dan akhirat Neelofa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Naelofar, Tiktok Naelofar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

