Connect with us

Artis / Selebriti

” Eh mana satu girl, mana boy ni. Cutenya dua-dua.. ” – Netizen

Amar Baharin Kongsi Video Gelagat Anak-Anaknya, Aqeef Anaqi Dan Ayra Aryssa Ketika Mahu Keluar Bekerja. Alahai Dua Beradik Ni, Comel Sangat. Daddy Pun Tak Sampai Hati Nak T1nggal !! 

Nama Amar Baharin dan pasangannya, Amyra Rosli sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah mereka sering menghiasi drama-drama tempatan dan semakin mendapat tempat di hati peminat. Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Hasil tinjauan di akaun Instagram miliknya, Amar ada berkongsi video gelagat anak-anaknya ketika Amar ingin ke tempat kerja. Anaqi dan Aryssa kelihatan begitu comel biarpun baru sahaja bangun dari tidur. Amar yang mahu ke tempat kerja seperti biasa akan mengucapkan bye sebelum melangkah keluar.

Biarpun sudah biasa men1nggalkan anak-anak demi mencari rezeki, namun Amar memaklumkan perkara yang sukar dilakukan setiap pagi adalah sewaktu mengucapkan selamat t1nggal kepada kedua anaknya. Pasti setiap ibu bapa akan mempunyai perasaan yang sama seperti Amar.

Dalam video tersebut, gelagat dua beradik ini yang melambai ayahnya berkali-kali meraih perhatian peminat. Biarpun kelihatan sed1h, namun si kecil Anaqi dan Aryssa seperti sudah memahami tindakan bapanya itu. Alahai, mesti Amar rasa seperti tidak mahu bekerja kan.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Perkongsian Amar meraih perhatian peminat si cilik Anaqi dan adiknya Aryssa. Rata-rata mereka ger4m dengan gelagat dua beradik ini. Antra komen-komen mereka adalah :

” Eh mana satu girl mana boy nii.. Cutenya dua2.. Yang kecik tu alahai.. Why so cuteeee, kenapa comel sangat tu, mmg confirm rindu giler nk tinggalkan si cute2 cmni.. “

” Lame2 tengok.. Knp ayra cm laki knp belkng anaqi cm pompn… Comel nye dua2… haha.. Ayra cepat pnjng kn rambut anda…. Cepat besar and sihat.. “

” Mse kecik anaqi nampak pompuan. Mase ayra kecik plak nampak lelaki… Btw comel, Alahai comel dgn baju skeleton dia.. “

” Balik keje penat pun hilang penat tengok anak anak.. omeyy, Alahaii jadi gi keje ke tak tu, Sama la kita Amar.. “

” SubhanAllah.. comey ye.. muka copy paste sungguh abang adik ni, Cute nya la si adik dgn pyjamas skeleton abg bertoncit.. “

” Sorg muka pak sorg muka mak, adoi laaaa comey sgt depa ni tp mane girl mane boy ni.. kekeke anaqii, Comelnya dua2 kening lebat.. “

” Aishhh dua ketul ni, Cute. Sian kena tnggal.. Dedi pegi work, Semoga aqeef & ayra membesar dengan sihat ya.. “

Menjadi ibu bapa sudah pasti membuatkan Amar terasa berat hati untuk melepaskan anak-anaknya setiap kali keluar bekerja. Segala pengorbanan Amar sudah semestinya berbaloi demi kebahagian anak-anak. Didoakan semoga Amar sekeluarga sentiasa berbahagia selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amar Baharin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT