Artis / Selebriti
” Eh mak Iman ke tu, nampak macam kakak dengan adik-adik je. Cantik muda.. ” – Netizen
Gambar Iman Troye Bersama Keluarga Dapat Perhatian Peminat. Wah Cantik Semua, Mak Pun Jelita. Patut Iman Cantik Sebijik Muka Mak !!
Nama pendatang baru, Iman Troye semakin dikenali ramai. Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin bermula sebagai Instafam0us dan model pakaian muslimah. Iman yang masih muda baru sahaja berusia 18 tahun dan bergelar pelajar dalam masa yang sama.
Iman yang mencuba nasibnya sebagai penyanyi muncul dengan single berjudul Teman ciptaan Ezra Kong dan A.Ramlee. Siapa sangka lagu ini berjaya menamb4t hati pendengar dengan muziknya yang menarik dan suara Iman yang sedap didengar.
Sehingga kini, video klip Teman ini sudahpun mencatatkan sebanyak 4 juta tontonan di saluran Youtube. Dek kerana suaranya yang unik ini sebilangan netizen menggelarkan Iman sebagai ‘Nabila Razali 2.0’. Tidak ramai yang mengetahui yang Iman juga merupakan adik angkat kepada penyanyi popular, Naim Daniel.


Meninjau akaun Instagram Iman Troye, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama seisi keluarga. Iman yang turut mencoretkan mengenai cab4ran yang dihadapinya untuk bergelar penyanyi dan mengakui banyak yang perlu dipelajarinya. Iman berkata bahawa keluarga adalah penguat semangat Iman untuk terus berjaya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Gambar Iman sekeluarga ini menarik perhatian peminat apatah lagi melihat semuanya berwajah ‘comel’. Mak Iman juga nampak muda belia dan macam kakak sahaja gayanya. Antara komen-komen mereka :
” Love your caption, Good Luck in your future and study Iman. We love you iman,ur family too,keep this always in ur pretty mindset “
” So sweet, I love ur caption. Mak kak iman muka samer la tapi lagi temb4m. Cantik sangat mak Iman.. “
” Senyum sama dengan mamanyaaaa. sebijik ikut muka mak sangat. Anak mak dua-dua sama cantik.. “
” Auww sweet family. Nape cantik sangat Iman cute pula tu. adik beradik pun cute cantik manis semua lagi-lagi mak Iman. Comel muda sangat maknya.. “
” Mama masih mude lagi. Cantik macam sebaya dengan anak-anak. Iman pun sama cantik macam mak mukanya.. “
” Mama Iman sama dengan senyuman Iman, manisss senyumannya tu. Copy paste muka mak sangat Iman ni.. “
” Eh mak Iman ke tu, nampak macam kakak dengan adik-adik je. Cantik muda , Iman pun cantik sebijik mak.. “
Nampak ceria sahaja keluarga Iman ini termasuklah ibu dan ayahnya. Memang nampak sangat wajah Iman yang sama seiras dengan ibunya lagi-lagi cara senyuman mereka. Apa pun, semoga Iman terus kuat dalam menemp0h dug4an bergelar anak seni dan semakin maju jaya dalam kerjaya dan pelajaran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Iman Troye
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

