Artis / Selebriti
” Effort Kak Zarina serve kan makanan macam arwah Akiko buat meleleh air mata aku.. ” – Komen Netizen..

Video terbaru anak Ridzokumura, Sky ketika menjamu makanan sahur buat ramai sebak. Zarina Zainuddin tetap berusaha memberikan hidangan sahur yang terbaik seperti arwah ibu Sky, Akiko..
Meninjau ke dua akaun Instagram iaitu Ridzokumura dan Zarina Zainuddin, perkongsian video ketika mereka bersahur telah meraih perhatian ramai. Sahur pada tahun ini sangat berbeza buat Ridz dan anaknya, Sky selepas pemergian Akiko dua hari yang lepas.
Sememangnya setiap kali bulan Ramadhan, Ridz akan merakamkan momen anaknya bangun sahur dan menikmati juadah sahur. Begitu juga ketika mereka berbuka puasa. Ini kerana hidangan yang disediakan oleh arwah isterinya sangat tertib dan menarik.
Untuk Ramadhan pertama tahun ini, Ridz telah tidur di rumah anak saudaranya, Zarina dan Zarina cuba menyediakan hidangan sahur yang menarik buat Sky walaupun tidak sesempurna arwah Akiko lakukan. Apabila melihat video ini ramai warganet mula sebak.
Perkongsian video-video ini telah menerima ribuan tand suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Seperti selalu Sky sangat mudah untuk dikejutkan ketika bangun sahur. Hanya memanggil namanya beberapa kali Sky terus bangun dan menuju ke meja makan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berasa sebak melihat keadaan Sky. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Effort kak zarina serve kan makanan mcm arwah akiko buat .. Meleleh air mata aku.. salam takziah & salam Ramadhan .. “
” Kami doakan abg wan dgn sky terus kuat!! Selamat berpuasa, semoga ibadah puasa ni jadikan abg dgn sky lebih kuat utk menempuhi dugaan ini.. “
” Mesti dia rindu masakan mak dia spt setiap tahun pada bulan Ramadhan Sky anak yg baik..menurut perintah ayah dia tanpa membantah.. “
” Kak Ina punya effort saji makanan untuk Sky lagi buat air mata mencucur laju nangis haa pagi ramadhan saya. Terima kasih Kak Ina sayangg .. “
” Semoga sky dan bapanya diberi kekuatan. My heart breaks for them tapi bila tgk juadah sahur sky, walau tak sama masih serupa dgn kebiasaan dia… “
” Alhamdulillah macam biasa, senang je nk kejutkan sky…tapi tu lah xde dah plating 5 star hotel mcm arwah maknya Akiko buat selalu bila tiba Ramadan. airmata ni laju plk turunnya .. Allah.. “
” Bagusnye sky ni…kejutkan, sekali je terus bangun..dipanggil pun terus dia jawab..effort kak ina sediakan sahur utk sky..ujian mendewasakan dia..insyaAllah.. “
Pastinya Ramadhan tahun ini sangat berbeza dengan Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Tiada lagi air tangan ibu dan hidangan yang menarik di meja. Semoga Sky dan Ridz tabah melalui dugaan dan ujian dalam hidup ini. Yang masih hidup teruskan kehidupan seperti baisa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura, Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar