Connect with us

Artis / Selebriti

” Dre dah ada geng, yahoo. Sedih campur gembira pula tengok reaksi Dre.. ” – Netizen

Farah Nabilah Kongsi Berita Gembira Selamat Melahirkan Anak Kedua. Eh Senyap-Senyap Dah Bersalin. Comel Reaksi Andre Tengok Adik Tu, Sayang Sangat Pada Adik Dia. Nama Baby Pun Sedap, Indah Dan Unik !!

Pelakon Farah Nabilah mengumumkan berita kehamilan keduanya beberapa bulan yang lalu setelah kandungannya mencecah usia 6 bulan. Sebagaimana yang diketahui ramai, perkahwinan Farah dan Amirul Yunus telah pun dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Andre Omar.

Menerusi akaun Instagram Farah Nabilah, telah dimuatnaik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Farah bersama anak keduanya. Wah rupa-rupanya sudah seminggu Farah selamat melahirkan cahayamata keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki.

Memaklumkan nama yang dipilih iaitu Yusuf Gibran, Farah memohon doa daripada semua agar anaknya ini menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia. Farah juga tidak lupa mengucapkan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan dirinya.

Dapat dilihat reaksi Andre yang begitu teruja apabila melihat adiknya untuk pertama kalinya. Wah bukan main lagi Andre, dic1um-c1um adiknya itu, seorang abang yang penyayang. Seronok lah Andre sudah ada geng bermain selepas ini. Andre dan adik sama-sama comel.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Belum sejam dikongsikan berita gembira ini, perkongsian oleh Farah ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alhamdullilah, beautiful name for a beautiful soul InsyaAllah. Moga menjadi anak yg soleh utk ibu farahnabilahofficial & amirul_yunus . aamin.. ”

” Alhamdulillah congratulations Fawa & Mirul.. Suka tgok farah skrg.. solehah jer.. sifat keibuan tu terserlah.. Alhamdulillah.. ”

” Congrats Fawaa and hubby. Hola baby Gibran.. Dre dah jadi big brother lah sekarang.. cute je sayang adik tu.. ”

” Tahniah Fawa, suka baca nama tu. Unik dan jarang didengar.. seronok dre dah ada adik.. comel macam abang juga baby ni.. ”

” Tahniah fawa dan Amirul.. selamat berpantang.. syukur alhamdulillah bertambah riuh la baby boy lagi hehe.. ”

” Dre dah ada geng, yahoo.. Sed1h campur gembira pulak kita tengok reaksi Dre dengan adik baby tu.. good boy lah Dre.. nama baby tu bestnya, unik dan klasik.. ”

” COngratulations Fawa.. bestnya nama baby.. kita tumpang gembira tengok kebahagiaan Fawa.. Abang Dre tu so abang-abang lah.. sayang betul pada adiknya.. ”

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Farah dan baby Yusuf Gibran. Semoga kelahiran baby Yusuf ini menambahkan lagi kebahagiaan Farah sekeluarga. Tahniah daripada kami di Berita Kopak atas kelahiran ini dan selamat berpantang Farah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Nabilah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT