Artis / Selebriti
” Dia tersilap sangkut weh, aku nak pakai macam ni ka masuk.. ” – Pak Azad

Video Pak Azad memakai baju dan seluar berlainan warna ketika menghadiri ke satuΒ majlis buat ramai terhibur. Gara-gara Eira Syazira tersalah gantung baju dan seluar, lain macam jadinya fesyen Pak Azad, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik azad. jasmin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon Azad Jasmin atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad menghadiri satu majlis. Namun, apa yang menghiburkan adalah pakaian yang dipakai oleh Pak Azad.
Menerusi video itu, Pak Azad memakai baju Melayu berwarna hijau. Manakala seluar yang dipakainya pula berwarna kuning. Telatah Pak Azad telah dirakam oleh seorang rakannya dan kedengaran suara rakan Pak Azad ketawa kerana terhibur melihat ‘fesyen’ yang digayakan oleh Pak Azad.
Kata Pak Azad, hal ini terjadi gara-gara isterinya, Eira Syazira telah menghantar semua seluar Pak Azad ke dobi dan selepas itu, Eira tersalah sangkut baju serta seluar tersebut. Keluh Pak Azad, adakah patut dirinya pergi ke majlis tersebut dengan pakaiannya seperti itu.
Perkongsain video Pak Azad ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang berseloroh mengatakan ada kemungkinan fesyen baju Melayu berlainan warna yang digayakan oleh Pak Azad ini akan menjadi trend baju raya pada tahun 2025 nanti.
Tonton video di bawah ini Β (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@azad.jasmin ni kes eira takde pegi indonesia #pakazad #eirasyazira #fyp #fypγ·γ #foryou #foryoupage #berandatiktok #berandafyp #esekeli
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat pakaian Pak Azad dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anugerah husband terpaling relaks setakat ni.. Tahniah bro.. Hahaha pkai sampin.. Teruih nmpk mcm fesyen oooooo.. “
” OK la tu. Perempuan pon elok je matching.. Baju lain.. Kain lain.. Boleh buat trend 2025.. Hahaha baju melayu Pak Azad.. “
” Pak Azad tak perna menghampakan lucu btl.. Tapi cool betu dia, masih lagi pakai baju dan seluar tu.. Hahha kalau orang lain rasanya dah tak pakai.. “
” Adoi Pak Azad, kalau tak buat memang tak sah lah.. Ni baru kedah Pak Azad, hahaha.. Mana tau ni trend terbaru raya nanti.. “
” Pak azad pakai apa pun ok je tetap lawak.. Mau jadi trend baju melayu mcm ni lps ni, hahhahaa.. Tak pa la dah cam old money tu Pak Azad oii.. “
” Terus rasa lapar tengok baju seluar Pak Azad, teringat kuih talam, hahaha… Buat pasa lah Eira oi, naya laki hang, hahahaa.. “
” Part gelak member tu memang tak boleh blah, berdekah ooo member tengok, hahahaa.. Pak Azad lawak betul lah, hahaha.. “
Terhibur warganet melihat gelagat dan reaksi muka Pak Azad. Pasrah sahaja Pak Azad apabila terpaksa memakai baju dan seluar yang berlainan warna. Namun ada yang mengatakan Pak Azad seorang yang sangat cool kerana berani menggayakan ‘fesyen’ yang rare dan lain daripada yang lain seperti itu.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok azad.jasmin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen