Artis / Selebriti
” Dia bertunang takde beriya pelamin bagai ye. Simple je tengok, siap makanan pun masak sendiri.. ” – Komen Netizen
Datin Intan Najuwa Kongsi Video Throwback Ketika Majlis Merisik Dan Bertunang Raih Pujian Ramai. Wah Simple Jer Rupanya Majlis Intan, Makanan Pun Masak Kat Rumah Je. Mini Pelamin Untuk Sarung Cincin Pun Tak Ada, Simple Tapi Sangat Bermakna !!
Umum mengetahui yang pelakon Datin Intan Najuwa telah pun mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Datuk Azraf Azman pada tahun lalu. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di sebuah resort terkenal di Desaru, Johor pada 18 Ogos 2023.
Meninjau di akaun TikTok, Intan mengimbas kembali moment dirinya bersama keluarga sibuk melakukan persiapan sempena majlis merisik dan bertunangnya. Menerusi video yang dikongsikan, Intan bersama keluarga sibuk di dapur menyediakan juadah makanan untuk tetamu yang hadir.
Menerusi hantaran di TikTok itu juga, Intan memberitahu tujuan dirinya memuatnaik video yang sudah lama disimpan itu kerana mahu mengimbau kembali moment manis tersebut. Tambah pelakon kecil molek ini, majlis merisik dan bertunang itu dilakukan dalam keadaan sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat suasana majlis merisik dan bertunang Datin Intan yang dikatakan begitu meriah meskipun diadakan penuh bersederhana. Sehingga kini, video throwback majlis merisik dan bertunang Intan telah ditonton lebih 1,3 juta tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@intannajuwaaa Dah lama peram video ni. Keeping it here as a memories. It’s my Merisik & tunang day ❤️ Kita throwback ok 😂 I decided untuk buat majlis yang sangat simple & intimate only for family je. What a beautiful memories 🫶🏻
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Intan dan memuji majlisnya diadakan dengan cara yang sederhana. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia bertunang takde beriya pelamin bagai ye. Simple je tengok, siap makanan pun masak sendiri.. Fuhh kagum tengok beb.. “
” Dia punya majis dia yang masak ek, kita yang marhaen ni kemain nak mengorder.. Dah boleh stop trend btunang dgn pelamin bgai, better simpan bajet utk majlis kawin je.. “
” Dia tunang simple² pon rumah dia mmg cntik dah.. Kita tak buat pelamin, rumah nmpk tgkap ngn langsir kosong ja la, hahhaa.. “
” Dia smua simple tau, tapi lawa n exclusive je nmpk. Kawen pon sama.. Suka tengok Intan ni, manis cantik semua cukup lengkap.. “
” Sedap mata memandang tunang mcm ni, takde pelamin dgn baju mcm nak nikah.. Love your vibes, simple but elegant.. “
” Aku suka dia ni dari dulu lagi taktahula kenapa. Nanti tunang pun kita nak simple2 mcm ni jugak.. Bgs mcm ni saya suka, takyah besar-besaran nk raih bertunang pun… Cukup dgn fmly shja.. Tak membazir.. “
” Mcm ni seronok.. Simple tpi penuh bmkna untk family… Salute dgn Intan…. Kahwin baru kite raikn smua.. Bju kedut2 pun rileks je.. Sempoii.. “
Walaupun majlis diadakan secara sederhana, namun ianya kelihatan begitu meriah. Begitu juga dilihat dengan pemakaian Intan yang hanya tampil ringkas dan tiada pelamin untuk acara menyarung cincin. Apa-apa pun didoakan semoga Intan serta suami terus bahagia bersama dan hubungan rumahtangga kalian akan kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok intannajuwaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen


