Artis / Selebriti
” Comel tengok reaksi Intan dan husband lepas tahu gender.. ” – Komen Netizen
Video Datin Intan Najuwa Kongsi Moment Baby Gender Reveal Bersama Suami Dibanjiri Dengan Ucapan Tahniah Oleh Warganet. Wah Jarang Orang Buat Macam Ni, Biasa Guna Belon. Tahniah Intan Dan Suami !!
Pada bulan Julai lalu, setelah lama menyimpan rahsia, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya mendedahkan dirinya sedang hamil anak pertama. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Intan dilihat memuatnaik foto bersama suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman dan foto itu jelas kelihatan baby bump Intan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Intan, telah dikongsikan video baby gender reveal moment bersama suaminya. Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan ini sedang berada di hadapan sebiji kek dan masing-masing memegang gelas untuk menekup kek tersebut.
Pada awalnya, kelihatan Intan agak sedikit gementar untuk mengetahui jantina anaknya. Namun setelah itu, Intan dan suami bersama-sama menekup gelas pada kek dan kelihatan lapisan dalam kek itu menunjukkan warna merah menandakan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.

Setelah mengetahui jantina anak, Intan dan suami begitu seronok dan perkongsian video ini juga telah dibanjiri ucapan tahniah daripada warganet. Sehngga kini, video yang baru dimuatnaik oleh Intan tersebut menerima puluhan ribu tanda suka serta ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan ini. Antara ucapan-ucapan warganet yang menarik adalah :
” Comel tengok reaksi Intan dan husband lepas tahu gender.. Mesti baby akan lawaaa macam mommy nanti.. Bestnyaa nanti boleh pakai kan baju comel2 utk baby.. “
” Mesti baby girl omey mcm mommy dia, tak sabaqqqq… Happy birthday babe , May Allah keep you under His protection day and night, wherever you may be.. “
” Aaaaaa. Tak sabar nak tengok bebi gurl nanti.. Tahniah Datin dan suami.. Kejap betul masa, tak lama lagi Datin dah nak jadi mommy.. “
” Aww yeay congratulations to both of u.. Mesti cantik macam u nanti masha Allah.. Take care tau momma.. Dah tak lama nak bersalin tu.. “
” Alhamdulillah.. Tahniah Intan.. Semoga Allah kurniakan kemudahan buat Intan nanti ketika urusan bersalin dan ibu dan bayi selamat dan sihat.. “
” Mashallah mesti cantik mcm mama nye.. Semoga dpermudahkn urusan bsalin Intan.. Tumpang happy tengok Intan dan suami bakal timang baby.. “
” Awwwww congratss Intan.. Dah agak mesti baby girl.. Tengok Intan berseri-seri betul sekarang. Semoga segala urusan Intan bersalin nanti akan dipermudahkan.. “
Alahai comel sungguh reaksi pasangan ini setelah mengetahui jantina anak mereka. Ada peminat mengatakan mereka sudah meneka Intan bakal mendapat anak perempuan kerana Intan kelihatan begitu berseri-seri ketika hamil. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak juga mengucapkan tahniah kepada Intan, semoga segala urusan Intan ketika bersalin nanti akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG intannajuwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

