Artis / Selebriti
” Good la Intan ni, pantang betul-betul. Tak makeup pun untuk majlis macam ni, simple je.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis tahnik anak perempuan Datin Intan Najuwa, Imane Lunara tarik perhatian warganet. Sederhana sahaja majlis, Intan nampak cantik sangat walaupun tanpa makeup. Memang natural beauty..
Umum mengetahui pada bulan Disember tahun lalu, pelakon Datin Intan Najuwa telah bergelar seorang ibu. Intan telah berkongsi khabar gembira di akaun Instagram miliknya setelah dirinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Intan, telah dikongsikan video yang memaparkan sekitar majlis tahnik anaknya, Imane. Menerusi video itu, Intan kelihatan begitu cantik mengenakan jubah berwarna putih dan berselendang. Majlis diadakan dengan penuh sederhana dengan jemputan pelajar-pelajar tahfiz.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyukai penampilan ringkas Intan dan memuji Intan sangat menjaga diri ketika berpantang. Malah bukan itu sahaja, ada beberapa komen daripada warganet yang mendapat respon daripada Intan sendiri.

Akui Intan, dia masih dalam fasa berpantang dan wajahnya ketika majlis tersebut tanpa secalit makeup. Sehingga kini, video sekitar majlis tahnik anak Intan telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@intannajuwaaa Majlis bertahnik Imane Lunara ❤️
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Good la Intan ni, pantang betul-betul. Tak makeup pun untuk majlis macam ni, simple je.. Semoga Imane menjadi anak yang solehah ya sayang.. “
” Semoga Imane Lunara menjadi anak y solehah, membesar dgn cerdik, bijak & sihat serta taat pd Allah & ke2 org tua.. Aamiin.. “
” MasyaAllah tabaraAllah.. Semoga Imane Lunara menjadi anak yg soleha.. Sentiasa dalam Rahmat Allah… Semoga mommy Imane sentiasa sihat berpanjangan.
” Cantik Intan Najuwa tak mekap. Nampak wjh keibuan.. I doakan you and Imane lunara sihat selalu ok. Love both of you.. “
” Ma shaa Allah, comelnya ibu dan bby. Semoga mnjdi ank yg baik kpd kdua ibu dan ayah, dan semoga luka czer intan najuwa cepat baik dan semoga cepat sihat.. “
” Cantik natural beauty.. Alhamdulillah yg penting sihat mama & baby.. Tahniah Intan dah bergelar seorang ibu.. Semoga bertambah bahagia.. “
” Alhamdullilah semoga baby Imane sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T.. Sis tak sabar tau nk nengok Imane OOTD sama mummy.. “
Respon Intan terhadap komen-komen warganet :


Lebat betul rambut baby Imane. Walaupun nampak sipi-sipi sahaja wajah Imane, sudah kelihatan comel. Walaupun Intan tidak mengenakan makeup di majlis tahnik anaknya, wajah Intan tetap berseri walaupun sedang berpantang. Apa-apa pun, semoga Imane Lunara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok intannajuwaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti3 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida

